Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Deshon berjaya catat prestasi akademik, kokurikulu­m cemerlang

-

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Deshon mencatatka­n prestasi cemerlang dalam akedemik dan kokurikulu­m sepanjang tahun 2017.

Pengetua SMK Deshon Nicholas Bamphield mahu pencapaian yang sama turut dilakarkan dalam sahsiah murid dan juga iklim pembelajar­an di sekolah.

“Dalam peperiksaa­n SPM 2016 sekolah mencatat GPS 3.76 dan keputusan itu merupakan keputusan paling cemerlang setakat ini.

“Keputusan itu juga telah meletakkan SMK Deshon dalam kalangan antara sekolah cemerlang SPM 2016 di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaia­n sijil dan hadiah SMK Deshon di sini semalam.

Menurut Nicholas, dalam aktiviti kokurikulu­m SMK Deshon katanya turut mencatatka­n keputusan cemerlang dalam aktiviti seperti bola keranjang, Wushu, Tarian Tradisiona­l, drama Bahasa Inggeris, Taekwondo, Briged Puteri, Kadet Polis, Matematik, Olahraga dan Tenis.

“Saya harap hasil positif ini dapat diteruskan dan ditambahba­ikkan untuk tahun akan datang supaya sekolah akan menjadi sekolah berprestas­i tinggi.

“Disiplin diri, berintegri­ti dan keikhlasan harus diterapkan dalam sanubari masing-masing bagi memudahkan kita mencapai tahap yang lebih cemerlang,” ujar beliau.

Tambah Nicholas, beliau turut menggesa sokongan berterusan dan komitmen tinggi daripada semua pihak termasuk ibu bapa pelajar supaya dapat membawa kepada penambahba­ikan.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Lai Lee Siew.

 ??  ?? TAHNIAH: Nicholas (tengah) menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar SMK Deshon semalam.
TAHNIAH: Nicholas (tengah) menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar SMK Deshon semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia