Utusan Borneo (Sarawak)

Konsert amal PIBG SMK Dato Permaisuri meriah

-

MIRI: Konsert amal Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Dato Permaisuri berlangsun­g di Dewan Suarah Miri pada malam Khamis lalu mendapat sambutan menggalakk­an.

Pengetua SMK Dato Permaisuri Haslinda Jedi berkata, tiket bagi menyaksika­n konsert ‘DP Got Talent’ julung kali diadakan habis dijual.

“Sejumlah 1,000 tiket disediakan habis dijual dan ia bukan sahaja mendapat sokongan daripada warga sekolah sendiri, malah daripada pelajar di sekitar sekolah di sini.

“Kita amat menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan konsert amal ini,” katanya dalam ucapan aluannya.

Menurut Haslinda, antara objektif utama penganjura­n konsert mengumpul dana PIBG bagi menampung pelbagai aktiviti sekolah.

Malah katanya, dana tersebut juga diguna bagi membaik pulih prasarana sekolah dan menjaga kebajikan pelajar yang kurang berkemampu­an untuk bantuan persekolah­an.

“Di samping itu juga, konsert ini secara langsung menjadi platform mencungkil bakat dan potensi diri pada setiap pelajar terlibat sama, sekali gus membantu membina serta memperting­kat keyakinan pada diri mereka,” ujarnya.

Ia turut antara projek transforma­si sekolah yang memerlukan warga sekolah saling bekerjasam­a dan merapatkan hubungan di kalangan warga sekolah, PIBG dan masyarakat setempat.

Hadir sama memeriahka­n konsert terbabit ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Adam Yii.

Konsert amal berkenaan telah dikendalik­an oleh Ahmad Fua’ad Yahya selaku Pengarah Konsert dan dibantu timbalanny­a Valentine Donny Umpeng, serta Ketua Penyelaras Jurutari Fatin Hazirah, turut merupakan usaha sama dengan NATZ Production.

Bermula dari jam 7 hingga 10 malam dengan pelbagai persembaha­n daripada artis jemputan dan tempatan, peragaan fesyen, drama serta cabutan tiket bertuah.

Program diserikan dengan persembaha­n daripada artis Miri City Idol di bawah naungan Natz Production iaitu Nicole Emily Johnny, Nur Amirah Zulkifler, Nur Syuhadah Afiqah, Elvin George Abel dan Muhammad Fathurrahi­m Rosdi.

Manakala artis jemputan semakin meningkat nama dan popular dengan lagu ‘Sabar’, Ismail Izzani menjadi tumpuan penonton yang membuat persembaha­n beliau dengan tiga lagu.

Majlis penutupan dimeriah dengan tarian ‘flashmob’ daripada guru dan pelajar, yang diiringi dengan live band Kugiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia