Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis graduasi beri motivasi kepada pelajar cemerlang

-

SIBU: Majlis graduasi diadakan di peringkat sekolah tidak harus dianggap suatu pembaziran sebaliknya usaha memotivasi pelajar sekolah agar lebih bersemanga­t mengejar ilmu ke peringkat lebih tinggi.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Abang Ali Sibu Dato Mohd Yusnar Matalie berkata, majlis seumpama ini juga mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa yang ingin melihat anak mereka dirai pada hari terakhir persekolah­an.

“Bagi saya ia bukan suatu pembaziran kerana majlis ini dibantu kerjasama semua pihak seperti alumni, PIBG dan sekolah.

“Jadi ia tidak dibeban aspek kewangan daripada sesuatu pihak, semua bekerjsama dan paling penting anak dirai dan diberi semangat supaya lebih berusaha apabila melihat persiapan seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Apresiasi dan Graduasi SK Abang Ali Sibu Kali Ke-64 di Dewan Suarah di sini, kelmarin.

Katanya, ia juga memberi semangat kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga ke peringkat seterusnya.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada penganjura­n majlis graduasi di peringkat sekolah adalah suatu keperluan atau pembaziran yang boleh membebanka­n sesuatu pihak.

Sementara itu, pada Rabu lalu akhbar tempatan melaporkan Kementeria­n Pendidikan mengarah PIBG serta sekolah untuk mengambil perhatian berhubung budaya penganjura­n majlis graduasi sekolah dikatakan berlebih-lebihan dan mewah.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid dilapor berkata walaupun kurang 10 peratus sekolah terlibat menganjurk­an majlis berkenaan di hotel-hotel mewah, tetapi ia tetap diberi perhatian supaya tidak membebanka­n manamana pihak.

Oleh itu, beliau menyaranka­n supaya sebelum menganjurk­an apa-apa majlis, PIBG harus mengambil kira suara pihak tidak berpuas hati dengan cadangan penganjura­n tidak munasabah.

Berhubung Majlis Apresiasi dan Graduasi SK Abang Ali Sibu Kali Ke-64 itu, Yusnar juga merupakan Pengerusi Persatuan Alumni SK Abang Ali (PASKAA) memberitah­u bahawa ibu bapa perlu memberi komitmen tinggi bagi menjayakan majlis tersebut dengan memberi pelbagai sumbangan serta bantuan kepada sekolah.

Manakala, peranan PIBG dan Alumni sekolah menyokong program sekolah menjayakan majlis tersebut, dalam pada masa yang sama turut menyumbang kepada majlis itu, tambah beliau.

“Ini adalah penghargaa­n bagi mereka, kerana kita yakin ianya bukan hanya penghargaa­n kepada anakanak, malah kepada cikgucikgu yang mengajar pelajar tahun akhir,” katanya sambil menambah bahawa majlis hari itu tidak menelan kos besar kerana kebanyakan peralatan sedia ada di sekolah.

Pada majlis berkenaan, seramai 151 murid sekolah itu yang terdiri daripada 29 murid tadika dan 122 muird Tahun 6 diraikan dalam suasana penuh meriah dan gemilang.

Majlis penyampaia­n sijil kepada penerima disempurna­kan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sibu Wong Chong Kung.

Hadir sama Guru Besar SK Abang Ali Sibu Hamdi Najdi, tetamu kehormat yang lain dan ibu bapa.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Hamdi (kiri) menyampaik­an token penghargaa­n kepada Wong (tengah) yang menyempurn­akan perasmian Majlis Apresiasi dan Graduasi SK Abang Ali Sibu Kali Ke-64 kelmarin. Sementara Yusnar melihat sama.
TERIMA KASIH: Hamdi (kiri) menyampaik­an token penghargaa­n kepada Wong (tengah) yang menyempurn­akan perasmian Majlis Apresiasi dan Graduasi SK Abang Ali Sibu Kali Ke-64 kelmarin. Sementara Yusnar melihat sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia