Utusan Borneo (Sarawak)

BCCK, SABATI dan DBKU bersama jaya program perindah alam sekitar

-

KUCHING: Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dengan kerjasama Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah menjayakan Program Pengindaha­n Alam Sekitar.

Dalam program anjuran SABATI diadakan pada 15 November lalu di The Itsthmus itu, sebanyak 557 anak pokok bucida dan bunga kertas sepanjang 1.2 kilometer dari Bangunan Menara Sarawak Energy Berhad (SEB) hingga BCCK

Pada sama sama sebanyak 430 pokok eugenia dan bunga Yellow Bell di sepanjang 2.5 kilometer Jalan Keruing.

Bersempena dengan program itu, BCCK menaja makan dan minuman untuk 300 peserta yang terdiri daripada badan bukan kerajaan ( NGO), kakitangan awam dan pelajar.

Majlis perasmian program itu yang berlangsun­g di BCCK disempurna­kan oleh isteri ketua menteri selaku Presiden SABATI Datin Pat- inggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang.

Sementara itu, Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, pihaknya menyasarka­n sebanyak 1,000 pokok ditanam di kawasan pentadbira­nnya melalui program seperti itu.

Di The Isthmus sahaja, sebanyak 987 pokok ditanam sambil disaksi pengerusi jawatankua­sa, sukan, budaya dan rekreasi SABATI Dato Fatimah Mohd Iskandar.

“BCCK amat berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada program pengindaha­n alam sekitar ini melalui inisiatif oleh SABATI dengan kerjasama DBKU.

“Usaha ini dapat menghijauk­an dan mengindahk­an persekitar­an di The Isthmus,” kata Ketua Pegawai Kewangan BCCK Joseph Chung mewakili Ketua Pegawai Eksekutif BCCK Eric van Piggelen.

Selain itu, BCCK turut membantu SABATI menjayakan program sumbangan bantuan makanan bagi Rumah Amal Nur Murni, Batu Kawa.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Joseph menerima cenderahat­i daripada Juma’ani sambil disaksi ahli SABATI lain.
TERIMA KASIH: Joseph menerima cenderahat­i daripada Juma’ani sambil disaksi ahli SABATI lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia