Utusan Borneo (Sarawak)

Rampasan bernilai RM220,200 dibuat PPMW5 di perairan Pulau Kerto, Batang Rajang

- Oleh Michael Ubam

KUCHING: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya seorang ‘ustaz’ dan disyaki mencabul tiga wanita ketika mendapatka­n ‘rawatan’ daripadany­a ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan polis.

Suspek berusia 52 tahun itu ditangkap pada tengah hari Rabu lepas di hadapan Wisma Pelita di Petra Jaya selepas laporan polis dibuat terhadapny­a.

Difahamkan, dia telah melakukan kesalahan tersebut di rumahnya di Kampug Muara Tebas.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul. SIBU: Polis Marin Wilayah 5 ( PPMW5) merampas sebanyak 120 kayu balak, sebuah kapal dan satu unit kren dengan jumlah keseluruha­n bernilai RM220,200 dalam Ops Landai di perairan Pulau Kerto, Batang Rajang di sini kelmarin.

Komander PPMW5, ACP Sallehuddi­n Mat Zaman berkata sepasukan pegawai dan lima anggota PPM Sibu yang menjalanka­n operasi bersama dua anggota Jabatan Perhutanan Sarawak (JPS) menaiki sebuah bot bertindak menahan dan memeriksa kapal terbabit sekitar jam 7 pagi.

“Kami menemui lebih kurang 120 kayu balak pelbagai jenis dan saiz tiada tanda tukul dan hak milik JPS ketika pemeriksaa­n ke atas muatan kapal dilakukan,” katanya.

Menurutnya, anggaran nilai kayu balak dirampas berjumlah RM10,200 dan jurugan kapal, 37, gagal men-

Kami menemui lebih kurang 120 kayu balak pelbagai jenis dan saiz tiada tanda tukul dan hak milik JPS ketika pemeriksaa­n ke atas muatan kapal dilakukan. ACP Sallehuddi­n Mat Zaman Komander PPMW5

unjukkan sebarang dokumen berkaitan muatan dibawa.

“Kami mengesyaki kayu balak itu diperolehi secara haram sekali gus menyalahi kesalahan di bawah Seksyen 90 Ordinan Perhutanan 2015 kerana memiliki hasil hutan tanpa cukai,” jelasnya.

Justeru, PPMW5 bertindak menahan jurugan kapal dan merampas kapal bersama muatan kayu balak yang ke- mudiannya dibawa ke Waf Arang Sibu untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes itu dilaporkan di Balai Polis Sentral dan dirujuk kepada Jabatan Perhutanan Sarawak Bahagian Sibu untuk tindakan dan siasatan lanjut.

 ??  ?? RAMPAS: Pelbagai jenis dan saiz balak dipercayai diperolehi secara haram dirampas Polis Marin Wilayah 5 di perairan Pulau Kerto, Batang Rajang kelmarin.
RAMPAS: Pelbagai jenis dan saiz balak dipercayai diperolehi secara haram dirampas Polis Marin Wilayah 5 di perairan Pulau Kerto, Batang Rajang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia