Utusan Borneo (Sarawak)

Rogol: Bomoh dipenjara 12 tahun dan tiga sebatan

-

MIRI: Seorang bomoh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam kerana kesalahan merogol seorang suri rumah.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh tangkapan pada 1 April tahun ini.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Steve Ritikos setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambilk­ira kepentinga­n awam.

Ketika membacakan keputusann­ya, Steve menegaskan bahawa kesalahan dilaku tertuduh serius dan diharap hukuman berat dapat menjadi pengajaran kepada orang awam lain agar tidak melakukan kesalahan serupa.

Assan Gom, 58, telah didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hu- kuman penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa merogol seorang wanita yang juga merupakan suri rumah berusia 29 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.30 tengah malam, 31 Mac tahun ini di kawasan semak di tepi Jalan Kuala Baram.

Terdahulu, mahkamah menetapkan 16 dan 17 November ini untuk perbic- araan lanjut setelah tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Semasa sebutan kes kelmarin, mahkamah memberikan peluang terakhir kepadanya untuk membuat keputusan sama ada mengekalka­n pengakuan tidak bersalah atau sebaliknya sebelum perbicaraa­n dijalankan semalam.

Bagaimanap­un, ketika kesnya disebut semalam, tertuduh telah menukar pengakuan kepada bersalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia