Utusan Borneo (Sarawak)

Guna dadah berbahaya, lelaki didenda atau penjara empat bulan

-

MIRI: Padah menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa, seorang lelaki didenda RM4,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani pengawasan polis selama tempoh dua tahun.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Morshidi Salim, 45, dari Kampung Kejapil, Bekenu didapati telah menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9.50 malam, 15 Julai lalu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta sama yang boleh membawa denda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta merta dikehendak­i menjalani pengawasan pihak berkuasa selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Manakala dalam satu kes berasingan, seorang wanita didenda RM3,800 atau empat bulan penjara kerana kesalahan serupa.

Valerie James, 31, dari Long Ikang, Baram didapati telah menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.50 malam, 28 Jun tahun ini di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri.

Mahkamah turut memerintah­kan Valerie menjalan pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia