Utusan Borneo (Sarawak)

Dipenjara setahun, satu sebatan bersalah tuduhan menipu

-

SIBU: Seorang lelaki berusia 36 tahun dijatuhi hukuman penjara satu tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret petang kelmarin selepas mengaku bersalah atas tuduhan menipu.

Tertuduh, Annuar Hamdi didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara antara satu tahun hingga 10 tahun dan dengan sebatan dan juga boleh dikenakan denda.

Menurut pertuduhan, Annuar didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Februari lepas, jam lebih kurang 9.20 pagi di Sibu Jaya.

Dia didakwa menipu Atan Leman, 49, membabitka­n wang sebanyak RM700 dengan memperdaya­kan mangsa untuk mempercaya­i bahawa tertuduh akan mengaturka­nnya (mangsa) sebagai jurutera elektrik di Pulau Labuan.

Annuar memberitah­u mangsa bahawa wang itu adalah untuk pemeriksaa­n perubatan, pasport dan tiket udara untuk tujuan kerja terbabit.

Tertuduh juga menghadapi 11 lagi tuduhan sama, di mana lima pertuduhan didengar di hadapan Majistret Saiful Sayoti sementara enam lagi di hadapan Majistret Sofia S. Sawayan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 23 Februari dan 6 April di lokasi berbeza di Sibu, membabitka­n mangsa yang berumur antara 18 tahun hingga 59 tahun dan jumlah kerugian sebanyak RM10,760.

Mahkamah menangguhk­an 11 kes akibat masalah teknikal dan tertuduh diarah hadir di mahkamah semula pada 21 November ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia