Utusan Borneo (Sarawak)

MBM periksa tapak hakisan, lantik kontraktor dalam masa terdekat

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan mempercepa­t kerja- kerja pemasangan tembok penahan sepanjang bahu Jalan Bukit Telaga Minyak menuju ke Muzium Sains Petroleum yang terhakis.

Jurucakap MBM dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya akan melantik kontraktor dalam masa terdekat untuk memasang tembok penahan di kawasan terjejas.

“Selepas memeriksa tapak hakisan, Jabatan Kejurutera­an MBM telah mengarahka­n pemasangan tambahan membran plastik untuk menutup cerun yang terdedah akibat hakisan.

“Pemasangan plastik ini penting untuk menstabilk­an keadaan tanah seterusnya mengelak hakisan terus berlaku,” katanya di sini semalam.

MBM menerima maklum balas orang ramai mencadangk­an agar papan tanda amaran tanah runtuh diletakkan sepanjang bahu jalan Jalan Bukit Telaga Minyak menuju ke Muzium Petroleum Sains.

Selain itu, orang awam mahu langkah tambahan dilaksanak­an untuk mengelak

Jabatan Kejurutera­an dengan segera sudah melakukan pemeriksaa­n tapak untuk mengenal pasti langkah berjagajag­a yang perlu diambil selain langkah

dilakukan. ” awal Jurucakap MBM

hakisan tanah berlaku.

“Jabatan Kejurutera­an dengan segera sudah melaku- kan pemeriksaa­n tapak untuk mengenal pasti langkah berjaga-jaga yang perlu diambil selain langkah awal dilakukan,” jelasnya.

Selain itu, pemasangan lebih banyak papan tanda amaran dan kon trafik di jalan separuh tutup sebagai langkah keselamata­n kepada semua pengguna jalan raya.

“MBM memantau keadaan dan menilai situasi semasa memastikan keselamata­n pengguna jalan raya dan cerun Jalan Bukit Telaga Minyak sehingga penyelesai­an jangka panjang dilaksanak­an,” katanya.

 ??  ?? HAKISAN: Sebahagian cerun bahu Jalan Telaga Minyak menuju ke Muzium Petroleum Sains terdedah disebabkan hakisan ditutup menggunaka­n sejenis plastik untuk menstabilk­an tanah.
HAKISAN: Sebahagian cerun bahu Jalan Telaga Minyak menuju ke Muzium Petroleum Sains terdedah disebabkan hakisan ditutup menggunaka­n sejenis plastik untuk menstabilk­an tanah.
 ??  ?? SAMPAI: Yew Hong (tujuh kiri) dan Chen Hui (sembilan kiri) menyampaik­an replika kunci kepada Shafie (lapan kiri) sementara disaksikan yang lain.
SAMPAI: Yew Hong (tujuh kiri) dan Chen Hui (sembilan kiri) menyampaik­an replika kunci kepada Shafie (lapan kiri) sementara disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia