Utusan Borneo (Sarawak)

SEB hargai kakitangan dalam Majlis Anugerah Perkhidmat­an Setia 2017

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) memberi penghargaa­n kepada 382 kakitangan setia berkhidmat bersama syarikat itu pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Setia Sarawak Energy 2017 di Sibu dan Miri barubaru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Sharbini Suhaili menjelaska­n, semua penerima anugerah itu terdiri daripada kakitangan yang mencapai 10, 20, 25, 30, 35 dan 40 tahun perkhidmat­an mewakili 10,000 tahun perkhidmat­an keseluruha­n.

Katanya, antara kakitangan meraikan sambutan ke-40 tahun perkhidmat­an pada 2017, Vivian Chang Geok Hiang, Chiew Chee Yee, Soh Su Ling dan Wee Ting Eng.

“Kakitangan merupakan aset terbesar dan SEB mempunyai hampir 5,000 kakitangan berkhidmat untuk 650,000 pelanggan kita, pihak berkepenti­ngan dan komuniti seluruh Sarawak dengan kerja keras dan penuh dedikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam penghargaa­n di Kuching.

Justeru, katanya, SEB mendukung pembanguna­n ekonomi di negeri ini.

“Kakitangan merupakan pemain utama usaha ini. Anda membina dan membangun syarikat termasuk reputasi melalui kerja keras dan kesetiaan termasuk sentiasa menjadi legasi anda,” tambahnya lagi.

Sharbini berharap kakitangan lama berkhidmat dapat berkongsi pengalaman dan pengetahua­n termasuk ke- mahiran bersama kakitangan baharu.

Terdahulu, Naib Presiden Eksekutif SEB Aisah Eden berkata, pada majlis itu juga seramai 25 kakitangan­nya telah bersara turut hadir bersama isteri mereka.

“Saya ingin mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada anda semua di atas sumbangan dan bakti anda kepada SEB selama ini. Kepada pesara, kita berharap anda dapat menikmati hari bersara anda dengan gembira,” ujarnya.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Sharbini merakam kenangan bersama penerima anugerah dan pesara Sarawak Energy.
UNTUK KENANGAN: Sharbini merakam kenangan bersama penerima anugerah dan pesara Sarawak Energy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia