Utusan Borneo (Sarawak)

GYH E-Vehicle sumbang 10 motosikal untuk PDRM

-

KUCHING: GYH E-Vehicle Sdn Bhd menyumbang 10 unit motosikal berkuasa elektrik kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Pada majlis penyampaia­n sumbangan tersebut, Ketua Seksyen Komuniti Keselamata­n dan Pencegahan Jenayah Sarawak, SAC Shafie Ismail berharap lebih banyak kenderaan sedemikian disumbang untuk membantu memperkasa rondaan polis.

Menurutnya, kenderaan berkenaan dihantar melalui pelabuhan dari Semenanjun­g negara untuk diguna pada ‘13th World Islamic Ecobomic Forum 2017’ bermula 21 sehingga 23 November ini disini.

Pengarah GYH E-Vehicle Sdn Bhd, Lu Yew Hong pihaknya mahu menyumbang semula kepada masyarakat dengan mempromosi kerjasama polis dengan orang ramai.

Jelasnya, kenderaan berupa motosikal tersebut disumbang bagi membantu pihak polis meronda dalam mengurangk­an kadar jenayah.

“Kami percaya motosikal berkuasa elektrik akan menjadi trend kenderaan pada masa hadapan apatah lagi kerajaan Malaysiase­memangnyam­enyokong apa sahaja usaha pembanguna­n teknologi hijau,” kata Lu.

Beliau mengharapk­an dengan membawa konsep kenderaan hijau akan memberi pendedahan kepada orang awam dalam usaha untuk memelihara alam sekitar.

GYH E-Vehicle Sdn Bhd merupakan pengedar utama Yadea (Motosikal Berkuasa Elektrik) yang mengamalka­n konsep mesra alam sekitar, ekonomi yang dijanakan melalui kuasa bateri dan bukan minyak petrol dan tidak memerlukka­n sebarang

Turut hadir sama adalah Ketua Pegawai Operasi GYH E-Vehicle Sdn Bhd, Lu Chen Hui.

 ??  ?? PERKASA RONDAAN: Shafie (kiri) dan seorang lagi anggota polis menunggang motosikal berkuasa elektrik Yadea itu semalam.
PERKASA RONDAAN: Shafie (kiri) dan seorang lagi anggota polis menunggang motosikal berkuasa elektrik Yadea itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia