Utusan Borneo (Sarawak)

32 sukarelawa­n UMW Toyota bantu mangsa banjir di Pulau Pinang

-

KUCHING: Sekumpulan 32 sukarelawa­n dari UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengunjung­i kawasan terkesan banjir di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang untuk menghulurk­an bantuan.

Pekerja dari ibu pejabat syarikat di Shah Alam mengambil inisiatif menggerakk­an usaha penghantar­an makanan kering, barangan dapur, tuala, selimut dan lain-lain keperluan kepada mangsa-mangsa di pusat-pusat pemindahan sementara.

UMWT bekerjasam­a dengan Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan ( NADMA) dan dua pusat pemindahan di Seberang Prai Utara dipilih atas faktor kepadatan mangsa- mangsa terlibat.

Sukarelawa­n terlibat mengagihka­n kotak bekalan makanan kepada 220 mangsa yang ditempatka­n di Sekolah Kebangsaan ( SK) Padang Menora dan Sekolah Agama Rakyat Labuh Banting.

Sebanyak 10 kenderaan Toyota termasuk Hilux dan Fortuner digunakan untuk tujuan operasi logistik pada aktiviti itu.

Pada masa sama, syarikat itu turut menyediaka­n bantuan kepada 20 pekerjanya di Pulau Pinang turut terkesan banjir.

Di bawah program kebajikan dalaman UMWT, pekerja- pekerja terlibat diberikan bantuan tunai segera dan kotak bekalan makanan bagi meringanka­n beban keperluan harian mereka.

Bantuan banjir itu serta kempen servis diumumkan sebelum ini sebahagian tanggungja­wab sosial korporat (CSR) UMWT tidak hanya prihatin terhadap mangsa banjir serta pelanggan tetapi pekerja-pekerja syarikat itu sendiri.

“Kami sangat terharu melihat beberapa organisasi, kumpulan sukarela dan NGO berganding bahu tanpa mengira latar bangsa atau agama menghulurk­an bantuan kepada mangsa banjir.

“Kami turut menggalakk­an staf-staf UMWT ikut serta dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir, tidak hanya menyalurka­n barangan tetapi membantu mereka kembali kepada suasana hidup asal,” kata Presiden UMWT, K Ravindran.

Usaha bantuan banjir itu, UMWT menjalanka­n Kempen Servis Bantuan Banjir di pusat-pusat jualan Toyota untuk pemilik kenderaan jenama itu membaiki kenderaan rosak akibat banjir.

Perkhidmat­an menunda dari kawasan banjir, penilaian kerosakan, cucian bahagian luaran dan dalaman disediakan secara percuma dan potongan harga 25 peratus bagi kos baik pulih ditawarkan kepada pemilik kenderaan Toyota di bawah program ini.

“Komitmen kami untuk berkhidmat kepada masyarakat dan pelanggan kekal menjadi keutamaan.

“Kami berharap dengan menawarkan pakej Bantuan Banjir Toyota ini dapat meringanka­n beban pemilik kenderaan Toyota terlibat dengan kejadian banjir.

“Kami berharap keadaan pulih seperti sedia kala secepat mungkin dan kami sentiasa bersama pelanggan dan mereka terlibat pada waktu-waktu sukar ini,” kata Ravindran.

Pemilik-pemilik kenderaan Toyota mengalami kerosakan akibat banjir boleh mengunjung­i mana-mana pusat servis UMW Toyota atau menelefon talian bebas tol 1-800-8-869682 (1-800-8TOYOTA).

Layari toyota.com.my untuk maklumat lanjut. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia