Utusan Borneo (Sarawak)

Segelintir rakyat hanya lihat satu aspek sahaja untuk mengutuk negara

-

KUALA LUMPUR: Menyelar sikap sesetengah rakyat Malaysia yang sering merungut tentang negara mereka, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatk­an mereka bahawa ‘rumput tidak selalu lebih hijau di padang lain’.

“Terdapat rakyat Malaysia yang sentiasa merungut tentang negara mereka tetapi warga asing yang datang ke Malaysia cenderung untuk bersetuju bahawa negara kita adalah syurga. Sama ada warga asing yang banyak berkunjung ke negara lain ini berbohong atau mereka melihat sesuatu yang jelas kita tidak nampak,” katanya dalam catatan di laman blog sskeruak.blogspot.my, semalam.

Beliau berkata, daripada kaca mata sesetengah rakyat Malaysia ‘rumput selalu tampak lebih hijau di padang lain’

Terdapat rakyat Malaysia yang sentiasa merungut tentang negara mereka tetapi warga asing yang datang ke Malaysia cenderung untuk bersetuju bahawa negara kita adalah syurga.

apabila mereka berkunjung ke luar negara dan membanding­kannya dengan Malaysia, tidak semestinya betul.

“Ambil perhatian tentang masalah rasis dan kurangnya toleransi di negara- negara yang dianggap lebih liberal dan maju daripada Malaysia. Wanita Islam yang memakai tudung di negara Eropah seperti England, Perancis dan Belanda perlu berdepan rasa takut didiskrimi­nasi, dicaci atau diserang,” kata Salleh.

Menteri itu turut mengkritik sesetengah rakyat Malaysia yang hanya melihat pada satu aspek sahaja untuk mengutuk negara ini.

“Contohnya, kenaikan harga petrol. Tetapi adakah rakyat Malaysia ini ( yang suka mengkritik) katakan perkara yang sama apabila harga petrol turun? Adakah negara kita mempunyai berjuta-juta gelandanga­n yang tidur di jalan-jalan seperti di negara-negara maju? Kita perlu melihat Malaysia secara menyeluruh dan bukan pilih satu perkara setiap hari untuk merungut,” kata Salleh.

Beliau berkata ada sesetengah rakyat Malaysia sudah masuk dalam perangkap sikap suka merungut tentang negara walaupun kerajaan sebenarnya melakukan banyak perkara baik.

“Tolong sedar bahawa ini merupakan strategi antikeraja­an yang klasik bagi mewujudkan rasa tidak puas hati. Kita perlu bersikap rasional dan ini bermakna pujian patut diberikan sewajarnya pada yang berhak,” katanya.

Menyatakan rakyat tidak harus berpeluk tubuh dan merungut hanya sematamata mahu merungut, Salleh menegaskan sudah tiba masanya untuk melangkah ke depan dan membantu membina sebuah negara yang lebih baik. — Bernama

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi dan Multimedia

 ?? — Gambar Bernama ?? SALAM: Wan Mohd Nor (dua kiri) bersalaman bersama anggota bomba pada Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Ibu Pejabat JBPM bertemakan ‘Go Green & Healthy Lifestyle’ anjuran Bahagian Udara JBPM di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama SALAM: Wan Mohd Nor (dua kiri) bersalaman bersama anggota bomba pada Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Ibu Pejabat JBPM bertemakan ‘Go Green & Healthy Lifestyle’ anjuran Bahagian Udara JBPM di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia