Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota JBPM bertugas pada hari mengundi boleh undi secara pos

-

PUTRAJAYA: Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang bekerja dan tidak boleh meninggalk­an tempat kerja kerana tuntutan tugas pada hari Pilihan Raya Umum ke-14 kini dibenarkan mengundi secara pos.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata gazet yang membenarka­n petugas JBPM yang bertugas pada hari pilihan raya untuk mengundi secara pos dikeluarka­n pada 23 Okt lepas.

“Kebenaran untuk mengundi secara pos ini adalah untuk petugas JBPM sahaja dan tidak melibatkan pasangan mereka. Ini merupakan perkembang­an yang baik dan memberi peluang kepada anggota JBPM untuk menjalanka­n tanggungja­wab kepada negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpuna­n bulanan JBPM di ibu pejabat JBPM di sini semalam.

Wan Mohd Nor berkata JBPM akan membekukan cuti warga kerjanya seminggu sebelum dan selepas tarikh pilihan raya umum.

Ini kerana bagi JBPM, pilihan raya umum memerlukan pemantauan dan pemerhatia­n yang kritikal terutamany­a dalam aspek keselamata­n, katanya.

Antara tanggungja­wab anggota JBPM pada musim pilihan raya ialah siap siaga di kawasan pengiraan undi dan memantau rapat pemilihan umum yang diadakan, katanya.

Mengulas persediaan JBPM menghadapi musim banjir, Wan Mohd Nor berkata JBPM kini dalam keadaan siap sedia dan sudah mengeluark­an arahan pada 1 Nov kepada semua balai JBPM dan ibu pejabat negeri supaya membuat persiapan awal.

Persiapan tersebut antaranya dari segi keanggotaa­n, kelengkapa­n, prosedur dan mesyuarat pengurusan bencana di pelbagai peringkat, katanya. — Bernama KLANG: Seorang tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh ibu mentuanya pada bulan lepas.

Lim Bu Kwang, 43, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Bagaimanap­un tiada pengakuan direkodkan.

Tertuduh didakwa membunuh Ooi Swan Hong @ Ng Swan Foong, 70, di rumahnya (tertuduh) di Taman Telok Pulai di sini, pada sebelah pagi antara 25 Okt hingga 28 Okt lepas.

Jika sabit kesalahan, Lim yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dihukum mati mandatori.

Rozianti menetapkan 18 Dis depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat, laporan forensik dan laporan dari Jabatan Kimia.2

Media sebelum ini melaporkan mangsa meninggal dunia pada 3 Nov lalu, selepas seminggu dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini dan punca kematian wanita warga emas itu adalah disebabkan kecederaan pada kepala berpunca daripada trauma benda tumpul. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia