Utusan Borneo (Sarawak)

Pakai kostum pengebom bunuh diri, perunding IT kena denda RM400

-

PETALING JAYA: Tindakan seorang perunding teknologi maklumat warga Yaman memakai kostum pengebom bunuh diri ketika menghadiri parti Halloween membawa padah apabila didenda maksimum RM400 atau penjara empat hari jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhka­n hukuman itu terhadap Amjad Jalal Ahmed Al-Dahan, 34, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah.

Dia didakwa melakukan mudarat awam dengan memakai kostum pengebom bunuh diri di tempat awam di sebuah kondominiu­m di Damansara, di sini pada jam 7.40 malam, 28 Okt lepas mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM400 jika sabit kesalahan.

Terdahulu peguam Puan Sri N. Saraswathy Devi memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya telah direman seminggu dan memohon maaf atas perbuatann­ya.

Timbalan Pendakwa Raya Norazalina Razali memohon tertuduh dikenakan hukuman denda yang tinggi sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam kerana sukar untuk sesiapa membezakan antara lakonan dan realiti.

Sebelum ini media melaporkan, penduduk kondominiu­m itu membuat laporan polis selepas melihat seorang lelaki berpakaian seperti pengebom bunuh diri ketika menaiki lif untuk menghadiri parti Halloween, bulan lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Amjad Jalal ketika dibawa keluar dari pekarangan Mahkamah Majistret, Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, semalam.
— Gambar Bernama BERSALAH: Amjad Jalal ketika dibawa keluar dari pekarangan Mahkamah Majistret, Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia