Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga didenda RM10,000 kerana guna kelengkapa­n komunikasi tidak diperakui

-

SEREMBAN: Seorang peniaga didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas kesalahan menggunaka­n kelengkapa­n komunikasi yang tidak diperakui.

Tertuduh, Chook Soon Hup, 38, mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Mohd Puzi.

Mengikut kertas pertuduhan, Chook didakwa menggunaka­n kelengkapa­n komunikasi yang tidak diperakui iaitu seunit Digital Satellite Receiver ( dekoder), seunit piring parabola antena dan tiga unit LNB ( penukar turun blok berhingar rendah) jenama SMARTSAT.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di rumahnya di Taman Sentosa, Port Dickson pada 12.30 tengah hari, 3 Sept 2015.

Chook melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia ( Standard Teknik) 2000, yang dibaca bersama Peraturan 16 (1)(b) peraturan yang sama, memperuntu­kkan hukuman di bawah Peraturan 37 iaitu denda tidak melebihi RM100,000, atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Ahmad Fairuz kemudianny­a mengenakan denda RM10,000 terhadap Chook, atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Kes dikendalik­an Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia Norhani Mohamad Adzhar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama SHAH ALAM: Pereka ‘jubah pahlawan’ yang tular di laman sosial tahun lepas kerana rekaan jubahnya kelihatan feminin, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menipu seorang jururawat hospital membabitka­n kerugian RM50,000, tiga tahun lepas.

Ahmad Syubaili Aziz, 31, yang juga menjalanka­n perniagaan nasi lemak, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Dia didakwa menipu wanita berusia 28 tahun itu dengan menawarkan pendaftara­n perniagaan MLM DCHL daripada Syarikat RZ Corporatio­n Sdn Bhd, sehingga mendorong mangsa menyerahka­n kad pengeluara­n wang automatik (ATM) Bank Rakyat miliknya yang mengandung­i wang berjumlah RM50,000.

Tertuduh didakwa melaku- kan kesalahan itu di hadapan Bank Rakyat cawangan Sungai Buloh dekat sini, pada 26 Feb 2014 dan dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan juga denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDENDA: Chook didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen di Seremban semalam atas kesalahan menggunaka­n kelengkapa­n komunikasi yang tidak diperakui.
— Gambar Bernama DIDENDA: Chook didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen di Seremban semalam atas kesalahan menggunaka­n kelengkapa­n komunikasi yang tidak diperakui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia