Utusan Borneo (Sarawak)

Kembali berlatih bersama pasukan kelab selepas gagal layak ke Piala Dunia 2018

-

MILAN: Pemain antarabang­sa Itali yang terkejut kembali ke suasanabia­sa dalam Serie A pada hujung minggu ini beberapa hari selepas statusbint­ang merekadala­m bola sepak dunia lenyap dengan kegagalan untuk layak ke kejohanan Piala Dunia. Penjaga gol legenda Gianluigi Buffon kembali untuk berlatih bersama Juventus, selepas dia bersara d e n g a n e m o s i o n a l dari bola sepak antarabang­sa selepas dua dekad, untuk bersiap sedia bagi perlawanan esok (Ahad) di Sampdoria, di sisi Andrea Barzagli, dan Giorgio Chiellini. Daniele De Rossi, seorang lagi bekas juara dunia, kembali di Roma untuk perlawanan ‘Derby della Capitale’ pada malam ini (Sabtu) menentang musuh tetangga utama Lazio.

“Sudah tentulah tidak ada orang yang menjangka ia akan berakhir seperti ini. Ia adalah satu kekecewaan yang amat besar bukan hanya bagi kami, tetapi bagi seluruh rakyat Itali,” kata pemain Roma, Stephan El Shaarawy, selepas kekalahan play-off agregat 1-0 kepada Sweden menyingkir­kan juara empat kali Itali dari Piala Dunia buat pertama kali sejak 1958.

Buffon, kapten Juventus, dan rakan-rakannya dalam pasukan Itali kini dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha memburu kejuaran Serie A ketujuh berturut- turut dan kempen mereka dalam Liga Juara-Juara yang diteruskan dengan perlawanan menentang Barcelona pada pertengaha­n minggu depan.

Napoli menduduki tempat teratas dalam liga Itali dengan 32 mata dari 12 perlawanan, satu mata di hadapan Juventus manakala Inter Milan di tempat ketiga dengan 30 mata.

Juventus bimbingan Massimilia­no Allegri bertandang ke Genoa untuk menentang Sampdoria, di tempat keenam dengan kelebihan satu perlawanan lagi.

Sementara itu Napoli bimbingan Maurizio Sarri mahu bangkit selepas diikat sebelum cuti antarabang­sa, apabila mereka melayan kunjungan AC Milan.

Milan bimbingan Vincenzo Montella menduduki tempat ketujuh selepas kemenangan 2-0 ke atas Sassuolo dalam perlawanan terakhir tetapi bergelut apabila menentang kelab besar pada musim ini.

Lazio, di tempat keempat, berada empat mata di bawah Napoli manakala Roma ketinggala­n satu mata lagi di belakang di tempat kelima, dan kedua-dua kelab ibu kota mempunyai kelebihan satu perlawanan lagi.

Inter Milan pasti mahu meneruskan rekod tanpa kalah mereka di halaman sendiri dalam perlawanan menentang Atalanta esok tetapi kapten Mauro Icardi tidak pasti tatkala dia pulih daripada keradangan lutut yang tidak mengizinka­nnya untuk bermain bersama Argentina.

Di bahagian tengah liga, Chievo bertandang ke Torino manakala Fiorentina bermain di SPAL, dan Bologna pergi ke Verona pada Isnin ini.

Kelab tercorot Benevento ada peluang untuk menamatkan rekod kekalahan mereka di tempat sendiri dalam perlawanan menentang Sassuolo. — AFP

 ??  ?? RANIERI
RANIERI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia