Utusan Borneo (Sarawak)

Ranieri harap dapat kejutkan PSG

-

PARIS: Claudio Ranieri, pengurus dari Itali yang merancang kejayaan menakjubka­n Leicester City untuk memenangi Liga Perdana Inggeris, berharap untuk membuat satu lagi kejutan apabila kelabnya Nantes melawat pendahulu liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), pada malam ini (Sabtu).

Sejak dia tiba di Nantes pada Jun lalu, Ranieri telah meneruskan kekuatan kelab itu pada separuh kedua musim lepas di bawah jurulatih ketika itu Sergio Conceicao untuk membimbing mereka sehingga sampai dua mata di belakang tempat kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Nantes sudah mengutip 23 mata daripada maksimum 30 mata ekoran dua kekalahan berturut-turut untuk memulakan kempen, dan Ranieri agak tenang menjelang kunjungan mereka ke Parc des Princes.

“Saya akan membawa dua buah bas,” kata Ranieri, ketika dia memikirkan cara untuk menyekat serangan PSG yang sudah menyumbat 39 gol dalam 12 perlawanan.

“Saya tahu apa yang akan berlaku pada Sabtu malam. Saya mahu melihat pasukan saya tenang dan benar-benar berazam untuk bermain dengan baik. Mengenai keputusan? Saya tahu kami boleh tewas,” katanya.

“Saya sentiasa mempunyai idea yang tepat (bagi cara untuk bermain) menentang pasukan lawan. Idea itu sentiasa hebat, tetapi realitinya sedikit berbeza!”

“Paris akan memenangi kejuaraan. Mereka sudah berkembang menjadi sebuah pasukan hebat yang semakin bagus saban waktu,” ujarnya.

Superstar Brazil Neymar kembali menggalas tugas domestik setelah dua minggu yang bergolak bersama Brazil dan kelihatan emosional di sidang akhbar ekoran kemenangan 3-1 ke atas Jepun di Lille pada Jumaat lalu.

Walaupun Neymar sudah menjaringk­an 11 gol dalam 12 perlawanan sejak perpindaha­n rekod dunianya ke PSG dari Barcelona, beberapa minggu lepas telah menimbulka­n cerita tentang perbalahan dengan rakan sepasukan dan perselisih­an faham dengan jurulatih Unai Emery.

Jurulatih Brazil Tite bersuara untuk membela Neymar pada minggu lepas manakala penyerang itu mengesat air mata, manakala Emery menegaskan isu tiada di antaranya dengan pemain itu.

“Khabar angin ini tidak penting. Apa yang penting ialah perbincang­an yang saya adakan bersamanya. Kami sangat gembira dengannya, dia akan berjaya di sini,” kata Emery.

Monaco menentang Amiens semalam di Stade de la Licorne yang dibuka semula menjelang minggu penting yang mungkin bermakna penamat kepada kempen mereka dalam Liga Juara-Juara dan memberi impak serius kepada usaha mereka untuk mempertaha­nkan kejuaraan Ligue 1, menjelang lawatan PSG ke prinsipali­ti itu pada Ahad akan datang.

Perlawanan menentang musuh utara Lille – pada mulanya dibatalkan selepas hanya 16 minit sahaja – akan diadakan semula pada 20 November.

Nabil Fekir dan Lyon akan memburu kemenangan kelima berturuttu­rut dalam liga dalam perlawanan menentang Nice di tempat lawan, manakala Marseille bertandang ke Bordeaux dalam perlawanan pertama kelab sejak ia menamatkan kontrak Patrice Evra.

Saint-Etienne bermain tanpa jurulatih dalam perlawanan semalam menentang Lille ekoran perletakan Oscar Garcia yang meletak jawatan Rabu lepas setelah hanya lima bulan memegang tampuk. — AFP

 ??  ?? AGUERO
AGUERO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia