Utusan Borneo (Sarawak)

La Liga sajikan perlawanan tetangga Madrid

-

MADRID: Biasa dengan kejayaan yang tidak putus-putus sejak beberapa musim lepas, Real Madrid dan Atletico Madrid bermain dalam perlawanan tetangga ibu kota Sepanyol buat julung kalinya pada malam ini (Sabtu) di stadium baharu Atletico, Wanda Metropolit­ano, dengan sedikit ruang untuk kesilapan.

Masalah pada awal musim telah meninggalk­an keduadua kelab lapan mata di belakang pendahulu La Liga Barcelona dan empat mata di belakang di belakang Valencia yang mendapat suntikan semangat semula.

Finalis dua kali dalam empat musim l e p a s , Atletico j u g a b a k a l dimalukan oleh p e n y - ingkiran p a d a peringk a t kumpulan dalam L i g a J u a r a - J u a r a , manakala Real turut mengalami kekalahan pertama mereka pada peringkat kumpulan dalam tempoh lima tahun kepada Tottenham Hotspur pada awal bulan ini, tetapi mereka dijangka akan mara juga ke peringkat 16 terakhir. Sebab u t a m a b a g i ke- jatuhan kedua- dua kelab dari Madrid itu adalah prestasi buruk yang dipamerkan oleh sumber gol mereka yang biasanya boleh diharapkan, iaitu Cristiano Ronaldo dan Antoine Griezmann.

Kedua-dua penyerang bersaing dengan satu sama lain untuk anugerah Ballon d’Or pada tahun lepas setelah Real dan Portugal yang diwakili Ronaldo menewaskan Atletico dan Perancis yang diwakili Griezmann masing-masing dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan Euro 2016.

Bagaimanap­un, Ronaldo menjaringk­an hanya satu gol sahajadala­mtujuhpena­mpilan La Liga setakat ini pada musim ini walaupun melakukan 48 rembatan ke arah

gol.

“Ia bukan kesalahan saya jika bola enggan masuk,” kata Ronaldo kepada akhbar sukan Perancis L’Equipe kelmarin.

“Orang melihat saya umpama jentera gol, seperti seseorang yang mesti menjaring- kan gol sepanjang masa.” Komitmen Griezmann juga dipersoalk­an walaupun pemain Perancis itu menolak penghijrah­an dari Sepanyol untuk menandatan­gani kontrak baharu bersama Atletico hanya lima bulan lalu. “Sesiapa sahaja yang tidak mahu berada di sini harus pergi,” kata pemain tengah Atletico Koke kelmarin. Kepulangan Koke selepas sebulan tidak bermain kerana kecederaan sekurang-kurangnya dapat menyuntik semula sedikit kreativiti ke dalam pasukan Atletico yang amat memerlukan dorongan. Griezmann tidak menjaringk­an gol dalam tujuh perlawanan terakhir Atletico dan malah digantikan oleh Diego Simeone sebelum jaringan Thomas Partey dalam masa kecederaan mencatatka­n kemenangan 1-0 di Deportivo la Coruna dua minggu lalu. “Berbanding tahun-tahun sebelum ini, ia adalah berlainan,” akui Griezm a n n . — AFP

 ??  ?? RONALDO GRIEZMANN
RONALDO GRIEZMANN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia