Utusan Borneo (Sarawak)

Federer berusaha capai ranking satu dunia

-

LONDON: Roger Federer mengakui mendapatka­n ranking nombor satu dunia pada hujung tahun ini bukanlah cita-cita yang realistik walaupun dia mempamerka­n kebangkita­n menakjubka­n pada tahun ini.

Federer sudah pasti akan menduduki tempat di belakang Rafael Nadal dalam ranking muktamad bagi 2017, tetapi pemain nombor dua dunia itu dijangka akan mencabar musuh lamanya untuk tempat teratas pada tahun depan.

Jika Federer memenangi ATP Finals pada minggu ini – dia sudah mara ke peringkat separuh akhir – dia akan menamatkan tahun ini hanya 140 mata sahaja di belakang Nadal.

Selepas dia memenangi Terbuka Australia dan rekod kejuaraan Wimbledon kelapan pada tahun ini, Federer boleh dimaafkan jika dia menyasari ranking nombor satu lagi.

Namun pemain berusia 36 tahun itu sudah menghabisk­an rekod 302 minggu dalam kariernya di tempat teratas dan dia tidak percaya mahkota hujung tahun itu adalah sasaran yang berbaloi untuk dikejar dengan gigih kerana tekanan yang dikenakan ke atas badannya.

Federer mempunyai jadual yang dipilih dengan teliti di mana dia tidak bermain dalam banyak kejohanan seperti pencabarny­a dalam usaha untuk mencapai kemuncak prestasi di kejohanan Grand Slam.

Ia begitu berjaya sekali pad tahun ini dan dia berkata: “Lihat, ia bukan matlamat yang realistik dalam beberapa segi, nombor satu dunia.

“Ia menarik. Ia adalah pencapaian mutlak dalam tenis dalam beberapa segi, ia sentiasa begitu selama ini bagi saya.

“Namun pada usia ini, ia adalah mustahil kerana saya rasa saya akan membuat kesilapan jika saya mula mengejarny­a.

“Saya tidak pasti sejauh mana badan saya membenarka­n saya untuk mengejar matlamat seperti ini.

“Mungkin jika saya mula memikirkan­nya terlalu kerap dan terlalu banyak, saya rasa saya mungkin tidak bermain dengan cara yang saya sepatutnya bermain.

“Mungkin saya akan menjadi tegang, mungkin saya gemuruh, mungkin ia tidak bagus untuk belakang saya. Siapa tahu apa dia.”

Federer boleh memintas Nadal pada awal 2018, tetapi sebagai juara Terbuka Australia, dia akan mempertaha­nkan 2,000 mata di Melbourne pada Januari, yang bermakna dia perlu mempamerka­n persembaha­n yang mantap dalam Grand Slam pertama tahun depan untuk mengenakan tekanan ke atas pemain Sepanyol berkenaan.

Keputusan pemenang kejohanan utama sebanyak 19 kali itu untuk tidak bermain dalam Paris Masters barubaru ini menamatkan cubaannya untuk menjadi pemain nombor satu pada tahun ini, tetapi dia berkata dia tidak ada keraguan mengenai keputusan itu.

“Penyesalan? Saya tidak ada sebarang penyesalan. Namun mungkin kekalahan kepada Tommy Haas ( di Stuttgart) dan Evgeny Donskoy ( di Dubai) akhirnya menghantui saya,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KERJA KERAS: Federer ketika beraksi menentang Marin Cilic dari Croatia pada aksi ATP Finals Kejohanan Dunia di O2 Arena di London.
— Gambar AFP KERJA KERAS: Federer ketika beraksi menentang Marin Cilic dari Croatia pada aksi ATP Finals Kejohanan Dunia di O2 Arena di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia