Utusan Borneo (Sarawak)

Wenger melihat kecederaan buku lali Cazorla adalah yang terburuk pernah beliau saksikan

-

LONDON: Pengurus Arsenal Arsene Wenger menganggap kecederaan buku lali Santi Cazorla sebagai yang paling buruk pernah dia lihat, tetapi tetapmenar­uhharapanb­ahawa pemain tengah Sepanyol itu akan kembali beraksi pada Januari nanti.

Cazorla, 32, tidak bermain untuk Arsenal sejak Oktober 2016 dan sudah menjalani lapan operasi untuk menangani satu masalah tumit yang sudah lama dialami.

Dia memberitah­u awal bulan ini bahawa jangkitan gangren telah ‘memakan’ lapan sentimeter tendon tumitnya dan berkata dia dimaklumka­n oleh doktor bahawa dia harus ‘berpuas hati’ jika dapat berjalan semula.

“Ia adalah kecederaan terburuk (pernah saya ketahui),” kata Wenger di sidang akhbar mingguan di pusat latihan Arsenal di London Colney kelmarin.

“Ia bermula dengan kesakitan dalam tumit dan ia sudah bertambah buruk.

“Saya tahu Santi sangat suka bermain bola sepak dan suka berada di luar sana setiap hari dan saya rasa sangat kes- ian di atas apa yang berlaku kepadanya, kerana ia tidak dapat dipercayai.

“Saya berjumpa dengannya sebulan lalu, dia ke sini, dan saya meminta dia bersiap sedia sebaik mungkin. Dia mempunyai orang perubatan yang cekap di sekeliling­nya dan dia cuba berlatih.

“Saya belum bercakap dengannya baru-baru ini, tetapi saya harap dia kembali. Saya mengetepik­annya dari skuad, dengan harapan dia dapat bermain pada Januari.”

Apabila kemungkina­n diajukan bahawa Cazorla tidak akan dapat bermain lagi, Wenger menjawab: “Janganlah kita bercakap mengenai perkara itu, tetapi saya harap anda salah.”

Cazorla, pemain antara- bangsa Sepanyol yang menyertai Arsenal dari Malaga pada 2012, baru-baru ini memberitah­u akhbar Marca di Sepanyol bahawa dia mahu kembali bermain pada Januari.

Wenger mengesahka­n Olivier Giroud tidak akan bermain dalam perlawanan tetangga utara London pada malam ini (Sabtu) di stadium sendiri menentang Tottenham Hotspur selepas penyerang Perancis itu tercedera ketika menggalas tugas antarabang­sa.

Ia bermakna Alexandre Lacazette kemungkina­n akan memulakan perlawanan di hadapan, selepas dijadikan pemain simpanan untuk dua perlawanan berprofil tinggi menentang Liverpool dan Manchester City.

Lacazette, yang menjaringk­an dua gol dalam keputusan seri 2-2 dalam perlawanan persahabat­an di antara Perancis dengan Jerman, melengkapk­an 90 minit hanya sekali sahaja sejak dia berhijrah dari Lyon pada musim percutian.

“Saya ada pilihan besar untuk dibuat setiap kali, keputusan besar untuk dibuat di hadapan,” kata Wenger. — AFP

Ia bermula dengan kesakitan dalam tumit dan ia sudah bertambah buruk. Arsene Wenger Pengurus Arsenal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia