Utusan Borneo (Sarawak)

Mourinho mengkritik sistem England ekoran kecederaan teruk dialami Jones

-

LONDON: Pengurus Manchester United Jose Mourinho mengkritik sistem England selepas Phil Jones mengalami kecederaan paha yang lebih teruk ketika negaranya seri dengan Jerman dalam satu perlawanan persahabat­an.

Pemain termasuk Harry Kane, Dele Alli, Raheem Sterling dan Jordan Henderson menarik diri dari skuad England bimbingan Gareth Southgate untuk perlawanan persahabat­an menentang Jerman dan Brazil kerana kecederaan.

Namun walaupun merawat paha kiri yang bermasalah, Jones melapor diri untuk bertugas, tetapi pemain pertahanan berusia 25 tahun itu terpaksa dikeluarka­n pada separuh masa pertama dalam keputusan seri 0-0 pada Jumaat lalu dengan Jerman di Wembley.

M o u r i n h o , yang tidak dapat menurunkan Jones untuk perlawanan di h a l a - m a n

sendiri menentang Newcastle United pada malam ini (Sabtu), memberitah­u akhbar Daily Mirror kelmarin: “Saya rasa ia adalah mustahil bagi pemain dengan masalah untuk bermain dalam perlawanan persahabat­an. “Dia sudah ada masalah selama tiga minggu, dia ada masalah yang menghalang­nya untuk bermain bagi kelabnya dan kemudian dia bermain untuk kelabnya dalam keadaan ekstrim kerana ia adalah perlawanan penting menentang Chelsea. “Dan kemudian dia menyertai p a s u k a n kebangsaan dan dia pulang dengan kecederaan sedia a d a yang semua orang tahu adalah kecederaan sedia ada.”

Mourinho berkata dia “naif” untuk membenarka­n Jones menyertai England dan mendakwa kelab lain terlalu melindungi pemain mereka.

“Kita sentiasa ada beberapa kelab di mana pemain mereka sentiasa ada sesuatu,” katanya.

“Ia mungkin kuku jari, selesema sedikit, masalah dengan ibu jari kaki kecil, dan mereka menarik diri, dan mereka tinggal bersama kelab mereka dan mereka bercuti dan mereka berehat.

“Selain itu kita sentiasa ada kelab di mana pengurus adalah naif, terlalu lurus, dan mereka kata anda perlu pergi dan mereka pergi dan kadangkada­ng mereka menanggung akibatnya.

“Saya mahu melihat ini pada hujung minggu depan sama ada pemain yang tidak menyertai pasukan kebangsaan akan bermain ataupun tidak.” — AFP

 ??  ?? JONES
JONES
 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia