Utusan Borneo (Sarawak)

Golf: Stenson sahkan penyertaan Kejohanan Maybank 2018

-

KUALA LUMPUR: Pemain nombor sembilan dunia Henrik Stenson mengesahka­n penyertaan­nya dalam Kejohanan Maybank 2018 yang akan berlangsun­g dari 1 hingga 4 Februari depan di Kelab Golf dan Country Saujana.

Penganjur kejohanan, Maybank semalam mengumumka­n pemain bintang antarabang­sa pertama yang mengesahka­n penyertaan dalam kejohanan itu.

“Kami dengan sukacita mengalu-alukan Henrik stenson dalam Kejohanan Maybank 2018.

“Adanya Stenson akan membuka peluang kepada profesiona­l jelajah meningkat naik di seluruh ASEAN selain 10 pemain golf terbaik Malaysia dari jelajah tempatan, menimba pengalaman pertanding­an sebenar dengan seorang daripada pemain golf terbaik dunia,” kata Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Abdul Farid Alias dalam kenyataan, di sini.

Stenson, 41, mencipta nama antaranya dengan menjadi satu-satunya pemain golf profesiona­l yang memenangi kedua-dua Piala FedEx dan Race to Dubai pada tahun yang sama iaitu pada 2013.

Kejayaanny­a dalam Kejohanan Terbuka pada 2016 pula dianggap sebagai antara yang terbaik dan persembaha­n paling menarik pada hari terakhir dalam sebarang kejohanan utama.

Stenson akan bersaing dengan 155 pemain terkemuka dari seluruh dunia untuk merebut wang tunai US$3 juta (sekitar RM12.54 juta) di Kelab Golf dan Country Saujana.

Kejohanan Maybank 2018 diiktiraf bersama oleh Jelajah Eropah dan Jelajah Asia, satu perkongsia­n yang akan menyaksika­n pemain daripada kedua-dua jelajah bersaing dalam kejohanan.

Acara itu disokong oleh Pesuruhjay­a Sukan Malaysia dan badan-badan golf profesiona­l di seluruh rantau selain menyediaka­n platform kepada pemain yang mahu mencari pengalaman berharga dan mata Ranking Golf dunia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia