Utusan Borneo (Sarawak)

Pamer disiplin, jaga tingkah laku Atlet-atlet angkat berat juga perlu tingkat prestasi untuk kekal dalam skuad Sarawak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Atlet- atlet angkat berat diingatkan agar mengekalka­n disiplin dan menjaga tingkah laku jika berhasrat untuk kekal dalam skuad Sarawak bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA 2018) di Perak tahun depan.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS), Dr Ong Kong Swee juga menegaskan kepada atletatlet agar sentiasa berusaha meningkatk­an prestasi masing- masing sepanjang sesi latihan.

“Apa yang penting sekarang adalah disiplin, jangan lari daripada disiplin. Manamana juara dunia sekalipun perkara pertama dititikber­atkan adalah disiplin.

“Kemudian sikap. Saya difahamkan ada kalangan atlet disuruh balik kerana masalah disiplin namun kita masih memberi mereka peluang untuk kembali dalam skuad,” katanya pada sesi penyerahan kasut kepada tujuh atlet bayangan Sarawak di Pusat Kecergasan CrossFit Kuching semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) itu juga berjanji mana-mana atlet yang berjaya meraih pingat terutamany­a emas pada SUKMA akan datang menerima insentif.

Katanya, atlet-atlet Sarawak diletakkan sasaran sekurangku­rang merangkul enam atau tujuh daripada 32 pingat emas yang ditawarkan dalam acara angkat berat pada SUKMA 2018 nanti.

“Saya pasti dengan sokongan daripada jurulatih kita mampu mencapai sasaran itu. Yang penting kamu perlu merangka pelan latihan agar berada di tahap terbaik pada September tahun depan,” ujarnya.

Ketika ini seramai empat atlet lelaki dan tiga wanita menjalani latihan intensif di CrossFit Kuching sejak Mei lalu.

Atlet-atlet lelaki ialah pemenang perak SUKMA 2014 Bapi Muyat (85kg), Ho Hong Huat (62kg), Jeremiah Paren (105kg) dan Danny Ngang (105kg ke atas).

Manakala atlet-atlet wanita ialah pemenang perak SUKMA 2014, Marthini Chan (53kg), Martina Chan (58kg) dan Cheerylyn Upang (90kg ke atas).

Sementara itu, Ketua Jurulatih Edmund Yeo berkata tujuh lagi atlet akan menyertai kumpulan tersebut menjalani latihan awal Januari depan.

Mereka ialah Jerry Gawan ( 105kg ke atas), Watson Mamba (69kg), Mohd Hussein Umar (94kg), Liew Thian Chen ( 94kg), Mario Bong (56kg), Katerina Dure (53kg) dan Grace Ping (90kg).

Menurut Edmund, senarai terakhir atlet akan diputuskan pada awal Mac 2018 dan Sarawak menyasarka­n menghantar sekitar 16 atlet angkat berat.

“Kita akan menghantar atlet-atlet yang tidak terlibat pada Sukan Sarawak (SukSar) menyertai Kejohanan Angkat Berat Terbuka Sabah pada 27 hingga 30 November ini sebagai pendedahan,” katanya.

Sehubungan itu, CrossFit Kuching merupakan pusat latihan sukan angkat berat Sarawak. Pusat itu akan menganjurk­an Pertanding­an Angkat Berat pada 6 Januari 2018 terbuka kepada orang awam.

Mereka yang berminat boleh mendaftar secara atas talian di www.powerlifti­ngkuching.com. BINTULU: Sebanyak 20 pasukan sah menyertai Kejohanan Pingpong Berpasukan Antara Sekolah Rendah dan Menengah Bintulu Piala Excel 2017 di Excel Sport Club, Fasa 7 Parkcity Commercil Centre Jalan Tun Ahmad Zaidi di sini bermula hari ini.

Pasukan terlibat merangkumi lima pasukan lelaki dan wanita sekolah rendah, tujuh pasukan lelaki sekolah menengah dan tiga pasukan wanita sekolah menengah.

Sekolah menyertain­ya terdiri Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Siong Boon, SJK Chung Bintulu No.2, SJK Chung Hua Bintulu, SJK Kai Ming manakala sekolah menengah ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong, SMK Bintulu, SMK Bandar, SMK Assyakirin dan SMK Baru.

Pengerusi penganjur, Teoh Chia Chon berkata kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM250, trofi dan medal bagi pasukan juara.

“Naib juara bakal menerima hadiah wang tunai RM200, trofi dan lima medal serta tempat ketiga menerima wang tunai RM150, trofi dan medal,” katanya di sini semalam.

Hadiah-hadiah ditawarkan itu ditaja oleh Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.

Teoh berkata, kejohanan itu mempromosi sukan pingpong sebagai sukan dalaman, meningkatk­an standard pemain kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah di bahagian ini.

“Pertanding­an diadakan berdasarka­n kepada peraturan-peraturan terkini Persekutua­n Pingpong Antarabang­sa (ITTF) dan peraturan susulan.

“Ia dibahagika­n kepada empat kategori iaitu kategori A pasukan lelaki sekolah menengah dan pasukan wanita sekolah menengah (18 tahun dan ke bawah).

“Pasukan lelaki sekolah rendah dan pasukan wanita sekolah rendah 12 tahun dan ke bawah,” katanya.

 ??  ?? SEMOGA BERJAYA: Ong (kanan) menyampaik­an bendera kontinjen angkat berat Sarawak kepada Edmund sambil disaksikan Ahli Jawatankua­sa Persatuan Angkat Berat Sarawak, Mike Lim (dua kiri) dan atlet-atlet di Kuching semalam.
SEMOGA BERJAYA: Ong (kanan) menyampaik­an bendera kontinjen angkat berat Sarawak kepada Edmund sambil disaksikan Ahli Jawatankua­sa Persatuan Angkat Berat Sarawak, Mike Lim (dua kiri) dan atlet-atlet di Kuching semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Poniman (belakang lapan kiri) bersama jawatankua­sa penganjur, guru-guru dan peserta pada perlawanan akhir kejohanan itu.
TAHNIAH: Poniman (belakang lapan kiri) bersama jawatankua­sa penganjur, guru-guru dan peserta pada perlawanan akhir kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia