Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia juara kejohanan ASTBC ke-18

-

KUCHING: Malaysia menjulang kejuaraan dengan mengutip enam emas, enam perak dan dua gangsa selepas bersaing sengit selama lima hari Kejohanan Tenpin Boling Sekolah Asian (ASTBC) ke-18 2017 menutup tirai di Megalanes Sarawak, Batu Kawa semalam.

Tempat kedua milik Hong Kong A dengan kutipan dua emas, satu perak, satu gangsa sementara Australia A tempat ketiga dengan satu emas, dua perak.

Indonesia A di tempat keempat hasil kutipan satu emas dan satu gangsa, diikuti Singapura A dengan satu perak, empat gangsa di tempat kelima dan India tempat keenam dengan kutipan satu gangsa.

Pingat emas negara diraih dalam acara perseorang­an wanita, beregu wanita, berpasukan wanita, all events wanita, masters wanita dan mastes lelaki.

Perak hadir menerusi acara perseorang­an lelaki, beregu lelaki/ wanita, berpasukan lelaki dan all events lelaki/ wanita manakala acara perse- orangan wanita dan all events lelaki penyumbang gangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Dr Ong Kong Swee berkata sejak sukan itu diperkenal­kan di Kuching pada 1986 ramai atlet negeri ini menyertai pelbagai kejohanan peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa.

Menurutnya, kejohanan ASTBC ke-18 2017 menjadi landasan terbaik melonjakka­n sukan tenpin boling di negeri ini selain memberi pendedahan serta meningkatk­an mutu sukan itu di Sarawak.

“Ia juga berjaya mengumpul ramai pemain terkemuka di Kuching sekali gus memberi mereka peluang berkumpul dan menjalinka­n persahabat­an bersama rakanrakan dari serata Asia,” katanya pada penutupan kejohanan itu di sini semalam.

Ong turut memuji Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak ( ABAS) atas kejayaan membawa kejohanan antarabang­sa itu buat julung kalinya di Sarawak.

Jelas beliau, usaha gigih serta pengorbana­n berterusan persatuan itu dalam mempromosi dan memartabat­kan sukan itu di Sarawak amat dihargai kerajaan negeri.

Hadir sama Timbalan Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia Datuk Mohd Najeeb Abdullah, Presiden ABAS Sunny Si, Timbalan Presiden ABAS, Saiful Bahri Shukri dan pengurus pasukan negara, Robert Lu.

 ??  ?? SYABAS: Ong (tiga kiri) menyampaik­an trofi kepada jurulatih negara, Wendy Chai disaksikan (dari kanan) Robert, Najeeb, Saiful (kiri), Sunny (dua kiri), pemain-pemain dan jurulatih, semalam.
SYABAS: Ong (tiga kiri) menyampaik­an trofi kepada jurulatih negara, Wendy Chai disaksikan (dari kanan) Robert, Najeeb, Saiful (kiri), Sunny (dua kiri), pemain-pemain dan jurulatih, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia