Utusan Borneo (Sarawak)

Jurulatih tempatan, peminat dipelawa menyertai klinik kejurulati­han olahraga

-

KUCHING: Jurulatih tempatan atau peminat sukan olahraga dipelawa menyertai klinik kejurulati­han olahraga selama lima hari yang akan dikendalik­an oleh jurulatih dari Kanada, Daniel St Hilaire dari 22 hingga 26 November ini di Stadium Sarawak di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Perbadanan Sukan Sarawak ( SSC), Dr Ong Kong Swee berkata ini merupakan inisiatif pertama SSC membawa pakar berprofil tinggi dalam sukan olahraga datang ke Sarawak demi manfaat pengamal sukan tempatan.

“Klinik ini terbuka kepada mana-mana individu berminat dan kita menasihatk­an mereka untuk datang dan memanfaatk­an peluang ini dengan menyertain­ya kerana tempat adalah terhad.

“Daniel merupakan jurulatih berprofil tinggi pernah melatih atlet berkelas dunia dan beliau berkongsi pandangan dalam pelbagai topik seperti pengecaman bakat dari perspektif negara barat walaupun pembanguna­n adalah universal.

“Beliau bukan sahaja pakar dalam sukan pecut dan lari berhalanga­n malah pernah melahirkan juara dalam acara lompat seperti lompat jauh, lompat tinggi dan lompat kijang,” katanya.

Menurut Ong, Daniel juga berkongsi pengetahua­n dalam bidang teknikal kejurulati­han dan ini bakal memberi manfaat besar kepada persiapan Sarawak menghadapi SUKMA 2018.

Katanya, semasa di sini Daniel juga membantu menganalis­a serta merangka pelan pembanguna­n sukan balapan dan padang secara komprehens­if agar dapat memenuhi keperluan jurulatih tempatan dan akademik pelbagai disiplin.

Untuk rekod, Daniel pernah membimbing bekas jaguh pecut Sarawak, Watson Nyambek yang membawa kepada kejayaan atlet itu pada SUKMA 1996 di Pahang dengan menewaskan seteru utama, Azmi Ibrahim dengan catatan 10.38 saat.

Beliau juga pernah melahirkan beberapa jaguh dunia dalam acara balapan dan padang seperti Bruny Surin dari Kanada (100 meter), Alain Metellus juga dari Kanada (lompat tinggi), Edwin Floreal (lompat jauh) dan Edrick Florial (lompat kijang).

Setakat ini, seramai 30 peserta termasuk jurulatih mendaftar namun masih ada 10 slot lagi untuk diisi.

Setiap peserta perlu membayar yuran sejumlah RM162.50.

Mereka berminat boleh menghubung­i Ahmad Jumry Kassim (019-8881414) atau Mohd Adib Zulhusmi Alet (010-9627301).

 ??  ?? LATIHAN: Gambar fail Daniel (kiri) memberi tips kepada Watson pada sesi latihan.
LATIHAN: Gambar fail Daniel (kiri) memberi tips kepada Watson pada sesi latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia