Utusan Borneo (Sarawak)

Blake Shelton ‘lelaki paling seksi’ tahun 2017

-

peringkat saringan sehingga sedia untuk diangkat menjadi sebuah FTV dan disajikan kepada para penonton. PENYANYI Blake Shelton dipilih sebagai Lelaki Hidup Paling Seksi oleh majalah People, yang pertama bagi mana-mana penyanyi, yang mendorong hakim ‘The Voice’ itu untuk melupakan sifatnya yang segan mengenai rupanya.

“Saya hodoh sepanjang hidup saya,” Shelton, 41, menyebut dalam satu kenyataan. “Jika saya dapat menjadi seksi selama setahun, saya menerimany­a!”

Shelton, anak jati Oklahoma, menghabisk­an masa selama sedekad dalam muzik country sebelum populariti­nya melonjak pada 2011 sebagai hakim yang suka bergurau dan mentor kepada penyanyi yang mempunyai aspirasi dalam pertanding­an bakat realiti NBC ‘The Voice’.

Albumnya yang terkini, ‘Texoma Shore’, dikeluarka­n awal bulan ini.

Shelton memberitah­u People, dia tidak sabar mahu mengusik rakan hakimnya dalam ‘The Voice’ yang juga penyanyi utama kumpulan Maroon 5, Adam Levine, dengan gelarannya sebagai Lelaki Paling Seksi, yang dimenangi Levine pada 2013.

“Saya tidak akan melayan benda ini seperti Hugh Jackman atau salah seorang daripada mereka yang rendah hati mengenainy­a. Orang akan membenci saya kerana ini,” kata Shelton sambil bergurau.

Penyanyi itu memberitah­u People, sementara dia cuba menjaga kecergasan dan mengambil makanan sihat, dia ada kelemahan terhadap snek seperti ‘jalapeno poppers’ dan jeruk, terutamany­a apabila dia berada di kampung halamannya di Oklahoma.

Shelton pernah berkahwin dengan penyanyi country Miranda Lambert dan kini sedang menjalin hubungan cinta dengan penyanyi pop Gwen Stefani sejak dua tahun lalu. Dia memberitah­u People bahawa Stefani telah menggalakk­annya untuk menerima gelaran ‘Sexiest Man Alive’ itu.

Pemegang gelaran itu sebelum ini termasuk Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Brad Pitt, George Clooney, Johnny Depp, Harrison Ford, Ryan Reynolds dan David Beckham. — Reuters

 ??  ?? BLAKE SHELTON
BLAKE SHELTON
 ??  ?? PALING SEKSI: Blake Shelton di muka depan majalah People.
PALING SEKSI: Blake Shelton di muka depan majalah People.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia