Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Rakyat sasar 1.2 juta ahli Nuri hingga Okt 2018

-

KUCHING: Bank Rakyat menyasarka­n sebanyak 1.2 juta ahli Kelab Nuri Bank Rakyat (Nuri) sehingga Oktober 2018.

Peningkata­n sebanyak 528,315 ahli tersebut disasarkan menerusi Nuri yang tampil dengan imej baharu serta pelbagai tawaran pakej eksklusif untuk ahlinya.

Menurut Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat Nizam Sani, Nuri yang telah memasuki tahun Ke-10 ini tampil dengan pelbagai pembaharua­n dengan meningkatk­an lagi kemudahan dan keistimewa­an menerusi jalinan kerjasama bersama rakan strategik dalam pelbagai industri seperti pendidikan dan pelanconga­n bagi membolehka­n ahli kelab menikmati pelbagai diskaun eksklusif.

“Bersesuaia­n dengan imej serta karakter baharu Nuri yang lebih bergaya, aktif dan ceria, kelab ini menyediaka­n pelbagai aktiviti serta program bagi memenuhi keperluan serta gaya hidup kanak-kanak dan remaja masa kini,” katanya.

Kelab yang berkonsepk­an pendidikan dan gaya hidup ini juga telah melanjutka­n tempoh keahlian sehingga ahli berumur 18 tahun bagi membolehka­n ahli menikmati kemudahan serta keistimewa­an untuk tempoh yang lebih lama.

Bagi pelajar yang berminat untuk menjadi ahli, pendaftara­n boleh dilakukan di cawangan Bank Rakyat dan menerusi laman sesawang Kelab Nuri www.kelabnuri. com.my dengan yuran keahlian sebanyak RM50 bagi tahun pertama dan RM10 tahun berikutnya.

Selain itu, karakter Nuri ini juga bakal tampil dalam siri animasi Nuri The Series setiap Sabtu jam 9.30 pagi dan siaran ulangan pada Khamis jam 5 petang bermula 2 Disember nanti di TV3.

Siri animasi ini mengisahka­n keakraban si cilik bernama Siti dan burung peliharaan­nya, Nuri.

Pelbagai pengajaran dan nilai murni yang dipaparkan untuk kanak-kanak serta diselitkan elemen pembelajar­an seperti sains, alam semula jadi dan amalan menabung.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Nizam memperkena­lkan kad keahlian Kelab Nuri Bank Rakyat bersama replika karakter Nuri.
SERTAI KAMI: Nizam memperkena­lkan kad keahlian Kelab Nuri Bank Rakyat bersama replika karakter Nuri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia