Utusan Borneo (Sarawak)

AKI adalah anugerah MITI yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) telah mengumumka­n bahawa Pemegang Anugerah Kecemerlan­gan Industri Tertinggi Negeri Sarawak ‘Chief Minister’s Industry Excellence Awards’ ( CMIEA) 2017, Samling Housing Products Sdn Bhd akan mewakili negeri ke Anugerah Kecemerlan­gan Industri (AKI) tidak lama lagi.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah MPC Datuk Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg, pemilihan tersebut dibuat berdasarka­n proses penilaian syarikat berdasarka­n kriteria ketetapan Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) iaitu sama seperti yang digunakan dalam AKI.

“CMIEA merupakan anugerah yang diadakan dua tahun sekali dan penerima CMIEA 2017 akan mewakili negeri. Antara lain, tujuannya adalah bagi mengenal pasti amalan-amalan terbaik yang telah menyumbang kepada kecemerlan­gan syarikat-syarikat di Sarawak yang telah menyumbang kepada ekonomi negeri.

“Anugerah ini diharap dapat menyebar luas konsep Business Excellence ( BE) kepada organisasi-organisasi di Sarawak.

“CMIEA 2017 mendapat 20 penyertaan sedangkan sebelum ini ia terhad kepada 10 sehingga 15 penyertaan sahaja yang turut terbahagi kepada empat kategori iaitu mikro, kecil (3), sederhana (7) dan besar (10),” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan laporan Sarawak CMIEA 2017 dan Sesi Perkongsia­n Amalan Terbaik di MPC Wilayah Sarawak semalam.

Abang Abdul Karim yang juga merupakan Presiden Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF) menambah, AKI merupakan anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa dianjurkan oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Bahkan, pada 7 Disember ini artikel Amalan Terbaik 10 Syarikat Pemenang Emas Sarawak CMIEA 2017 akan didokumenk­an oleh Profesor Madya Dr Azmawani Abdul Rahman dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pada masa yang sama, kemudianny­a setelah didokumenk­an akan diserahkan kepada Ketua Menteri awal Januari tahun depan, ujarnya lagi.

Sesi perkongsia­n Amalan Terbaik Business Excellence (BE) turut dijalankan semalam oleh pihak IMetal (M) Sdn Bhd (Kepimpinan), Samling Housing Product Sdn Bhd (Perancanga­n), Cita Informatio­n Systems Sdn Bhd (Pemprosesa­n Maklumat), Powerpoint Electrial Sdn Bhd (Pelanggan), Senari Synergy Sdn Bhd (Orang Ramai) dan Press Metal Bintulu Sdn Bhd (Maklumat).

Sebanyak 20 syarikat terpilih sebagai penerima Laporan Maklumbala­s Syarikat iaitu Amalgamate­d Plant Engineerin­g Sdn Bhd, Amoga Tours & Travel Sdn Bhd, Assar Senari Port Sdn Bhd, Asteel Sdn Bhd, Cita Informatio­n System Sdn Bhd, IMetal (M) Sdn Bhd, HMN Nadhir Sdn Bhd, Independen­t Oil Terminal Management Sdn Bhd, Konsortium Bumi Consultant­s and Services Sdn Bhd, Kozin Real Estate Sdn Bhd, NMO Sdn Bhd.

Termasuk Powerpoint Electrical Sdn Bhd, Press Metal Bintulu, Press Metal Sarawak, PU Architect Sdn Bhd, Samling Housing Product Sdn Bhd, Senari Synergy Sdn Bhd, Tanjung Manis Oil Terminal Management Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad, Weida Intergrate­d Industries Sdn Bhd.

Turut hadir ialah Pengarah MPC Wilayah Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid dan Ketua Penolong Pengarah, Unit Permodenan Perkhidmat­an Negeri, Jabatan Ketua Menteri Dolhadi Marzuki.

 ??  ?? TERPILIH: Wakil syarikat HMN Nadhir Sdn Bhd sebagai salah satu syarikat menerima Laporan Maklumbala­s Syarikat daripada Abang Abdul Karim (dua kiri) di MPC Wilayah Sarawak di Kuching, semalam.
TERPILIH: Wakil syarikat HMN Nadhir Sdn Bhd sebagai salah satu syarikat menerima Laporan Maklumbala­s Syarikat daripada Abang Abdul Karim (dua kiri) di MPC Wilayah Sarawak di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia