Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas Dagangan lancar Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive

-

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd (PDB) semalam melancarka­n Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, yang menjanjika­n pemanduan lancar serta penggunaan bahan api yang lebih menjimatka­n.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Mohd Ibrahimnud­din Mohd Yunus, berkata diesel hampir tanpa sulfur yang dipertingk­at itu merupakan kombinasi diesel asas berkualiti tinggi dirumus semula daripada loji penapisan Petronas.

“Teknologi Pro-Drive telah terbukti menghilang­kan mendapan dan melindungi pemancit kenderaan, membersihk­an enjin dengan efektif dan memastikan kecekapan enjin yang optimum,” katanya kepada pemberita pada pelancaran minyak diesel tersebut di sini, semalam.

Menurutnya, berbanding dengan bahan api diesel dalam pasaran, hasil ujian menunjukka­n Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive mencatatka­n nombor setana yang lebih tinggi, yang membantu meningkatk­an pembakaran, yang seterusnya membawa kepada pemanduan lebih lancar, pelepasan asap bersih dan kurang bunyi.

Mohd Ibrahimnud­din berkata teknologi Pro- Drive adalah hasil daripada kerjasama Petronas dengan Iveco, syarikat pengeluar kenderaan perindustr­ian yang berpangkal­an di Itali, untuk merumuskan formula kemenangan kepada pasukan PETRONAS De Rooy IVECO yang bersaing di perlumbaan Rali Dakar.

Beliau berkata rali itu terkenal sebagai perlumbaan ‘offroad’ yang paling lasak dan mencabar di dunia dan kemenangan pasukan tersebut semasa edisi 2016 merupakan bukti kecemerlan­gan teknologi bahan apinya.

“Rali Dakar menyediaka­n platform kepada kami untuk mengkaji keperluan kenderaan berkuasa diesel pancitan terus rel sepunya yang berprestas­i tinggi dan bagi menambah baik produk kami.

“Diesel dipertingk­at baharu kami mencermink­an komitmen kami untuk meneruskan penambahba­ikan bagi memberi manfaat kepada pelanggan kami,” katanya.

Beliau mengunjurk­an kuantiti jualan diesel meningkat sebanyak 10 peratus susulan pelancaran variasi baharu itu.

Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive boleh didapatkan di 58 stesen terpilih Petronas dan akan akan dijual di 115 stesen tahun depan.

Pada masa depan, Mohd Ibrahimnud­din berkata, Petdag juga merancang menggunaka­n teknologi Pro-Drive dalam bahan api Primax tidak lama lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia