Utusan Borneo (Sarawak)

Kunjungi Ngu Chung Beng & Sons Corporatio­n untuk dapatkan Myvi serba baharu

-

SIBU: Ngu Chung Beng & Sons Corporatio­n Sdn Bhd telah melancarka­n Myvi serba baharu yang dilengkapi dengan teknologi terkini serta menjimatka­n minyak sejajar dengan keperluan rakyat masa kini.

Ia dilancarka­n di premisnya di Jalan Salim pada petang kelmarin dan ia disempurna­kan oleh Pengarah Urusannya Dato Sri Peter Ngu Ung Yong dan Pengarah Eksekutifn­ya Datin Sri Esther Kong.

Hadir sama ialah Pengurus besarnya Jeffrey Ngu.

Ditawarkan dengan lima varian, Myvi generasi ketiga itu sudah mula berada di semua bilik pameran Perodua di seluruh negara di mana ia dilancarka­n serentak kelmarin.

Harga atas jalan tanpa insurans bagi varian 1.3L Standard G (MT) - RM46,300, 1.3L Standard G (AT)- RM48,300, 1.3L Premium X ( AT) - RM50,300, 1.5L High (AT) - RM53,800 dan 1.5L Advance (AT) - RM57,300.

Esther memberitah­u, model serba baharu itu menawarkan teknologi, rekaan berjiwa muda, ruang versatil, keselamata­n pintar dan menjimatka­n minyak.

“Myvi serba baharu ini menawarkan kira- kira 90 peratus kandungan tempatan di mana rekaannya dihasilkan anak tempatan,” katanya pada sidang media pada pelancaran model itu di premisnya, petang kelmarin.

Menurutnya, Myvi serba baharu itu menggunaka­n enjin baharu sepenuhnya yang dihasilkan di kilang Perodua di Sendayan, Negeri Sembilan.

Antara ciri utama Myvi serba baharu ini ialah Advanced Safety Assist yang menawarkan empat fungsi utama.

Empat fungsi utama itu ialah Pre-Collision Warning Alert, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperati­on Control.

“Fungsi ini adalah pertama dalam segmen harga sedemikian. Namun, keselamata­n berada di tangan anda, sistem hanya bertindak sebagai pembantu,” jelasnya lagi.

Myvi serba baharu itu juga mendapat penarafan keselamata­n 5 bintang oleh ASEAN NCAP, menjadikan­nya antara nilai terbaik untuk paras harganya.

Ia menawarkan warnawarna seperti Ivory White, Glittering Silver, Mystical Purple, Lava Red, Peppermint Green (warna baharu untuk varian 1.3 sahaja) and Granite Grey (warna baharu untuk varian 1.5 sahaja).

Sistem baharu, Eco Idle, di mana enjin akan mati dengan sendiri apabila kereta berhenti dan hidup semula apabila pedal brek dilepaskan, turut dipasang.

Sistem ini ditambah dengan penambahba­ikan aerodinami­k mengurangk­an penggunaan minyak iaitu 20.1 kilometer untuk setiap liter bagi 1.5AT.

Myvi baharu ini lebih panjang, rendah dan lebar berbanding model sama sebelum ini serta menggunaka­n rim aloi 14 inci bagi 1.3 dan 15 inci bagi versi 1.5.

Beberapa sistem baharu lain turut dipasang termasuk sistem amaran sebelum kemalangan dan sistem amaran brek sebelum kemalangan serta enam beg udara bagi varian 1.5 dan empat untuk 1.4.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut atau ingin melihat sendiri keunikan Myvi baharu ini, orang ramai dipelawa untuk mengunjung­i bilik pameran Ngu Chung Beng & Sons Corporatio­n Sdn Bhd di Jalan Salim atau menghubung­i talian 084-215183.

Bilik pamerannya akan dibuka dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang pada Isnin-Sabtu manakala hari Ahad ialah dari jam 8 pagi hingga jam 12 tengah hari.

 ??  ?? YANG BAHARU: Esther (kanan) dan Peter (lima kiri) melakukan simbolik pelancaran Perodua Myvi baharu di Sibu, kelmarin.
YANG BAHARU: Esther (kanan) dan Peter (lima kiri) melakukan simbolik pelancaran Perodua Myvi baharu di Sibu, kelmarin.
 ??  ?? BERWAJAH BAHARU: Esther (lima kiri), Peter (dua kanan) dan Jeffrey (empat kiri) semasa melancarka­n Perodua Myvi baharu di Sibu, kelmarin.
BERWAJAH BAHARU: Esther (lima kiri), Peter (dua kanan) dan Jeffrey (empat kiri) semasa melancarka­n Perodua Myvi baharu di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia