Utusan Borneo (Sarawak)

Beri amaran tindakan Mahkamah Agung itu akan timbul tanda tanya mengenai kesahihan pilihan raya 2018

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat ( AS) kelmarin mendesak Kemboja membatalka­n pengharama­n ke atas pembangkan­g utama di negara itu dan memberi amaran bahawa pembubaran parti itu akan menimbulka­n tanda tanya mengenai kesahihan pilihan raya 2018.

Washington bersuara selepas Mahkamah Agung Kemboja – yang dikuasai perdana menteri kuku besi Hun Sen – mengharamk­an Parti Penyelamat Negara Kemboja (CNRP) dan menggantun­g lebih 100 ahli politiknya dalam keputusan yang dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia sebagai “kematian” demokrasi di negara itu.

Kesatuan Eropah ( EU) turut menyuaraka­n kebimbanga­n Washington berhubung tindakan itu yang bermakna Parti CPP pimpinan Hun Sen kini dapat bertanding dalam pilihan raya pada tahun depan pada asasnya tanpa dicabar.

Keputusan itu adalah kemuncak kepada cengkaman yang tersusun ke atas penentang di Kemboja yang bermula selepas CNRP hampir menewaskan Hun Sen – yang sudah memerintah selama 32 tahun – dalam pilihan raya kebangsaan terakhir pada 2013.

Kerajaan memperting­katkan tindakan sejak beberapa bulan lepas, dan presiden CNRP Kem Sokha dihumban ke dalam penjara dan didakwa atas tuduhan derhaka pada September lalu.

AS mengecam keputusan kelmarin sebagai langkah ke belakang bagi demokrasi di Kemboja, dan menyeru kepada kerajaan untuk “membatalka­n tindakanny­a baru-baru ini ke atas CNRP, membebaska­n pemimpin CNRP Kem Sokha dari penjara, dan membenarka­n parti pembangkan­g, masyarakat madani dan media untuk menjalanka­n aktiviti mereka yang sah,” Rumah Putih menyebut dalam satu kenyataan kelmarin di Washington.

Ia menambah ia akan menarik balik sokongan kepada Jawatankua­a Pilihan Raya Negara Kemboja menjelang pilihan raya pada tahun depan.

“Berdasarka­n hala tuju sekarang, pilihan raya paa tahun depan tidak akan sah, bebas atau adil,” kenyataan itu menyebut.

Washington menyertai EU untuk mengecam keputusan itu, yang menyusuli tindakan berbulan-bulan ke atas penentanga­n di negara itu dengan penutupan outlet media, pemenjaraa­n wartawan dan gangguan ke atas aktivis.

EU memberi amaran kelmarin bahawa pilihan raya pada tahun depan tidak ada kewibawaan selepas CNRP dikeluarka­n dari pertanding­an.

“Proses pilihan raya dari mana parti pembangkan­g utama telah dikecualik­an sewenang- wenang adalah tidak sah,” satu kenyataan dari seorang jurucakap EU menyebut.

“Situasi di mana semua parti, termasuk CNRP, pemimpin dan penyokong mereka dapat menjalanka­n fungsi mereka yang sah dengan bebas, mesti dipulihkan dengan cepat,” ujarnya dan berkata “menghormat­i hak asasi manusia” adalah adalah prasyarat bagi akses Kemboja yang bebas cukai kepada pasaran blok tersebut.

CNRP kelmarin berkata ia “masih menganggap diri sebagai parti yang sah dengan mandat daripada separuh populasi Kemboja”, walaupun lebih separuh daripada 55 penggubal undang-undangnya sudah meninggalk­an negara di tengah-tengah operasi yang dijalankan oleh kerajaan ke atas mereka.

Keputusan berkenaan memang dijangka ramai dari mahkamah yang ada kaitan erat dengan parti CPP pimpinan Hun Sen.

CNRP dituduh merancang komplot yang disokong oleh AS untuk mengguling­kan kerajaan dalam dakwaan yang diperlekeh­kan oleh AS dan badan bukan kerajaan (NGO).

Hun Sen, bekas pembelot Khmer Rouge yang telah mempertaru­hkan reputasiny­a dengan membawa kestabilan dan pertumbuha­n kepada Kemboja selepas perang saudara selama berdekad-dekad, kelmarin berkata pilihan raya pada tahun depan akan diadakan mengikut jadual.

Perdana menteri itu mempunyai sejarah mencantas pencabar sejak sekian lama menerusi tindakan yang bertepatan dan kes mahkamah yang mencurigak­an.

Namun pemerhati berkata iklim penindasan sekarang lebih kasar dan lebih lama berbanding tindakan pada masa lalu, malah Hun Sen tidak lagi berpura-pura menghormat­i hak asasi manusia dan media bebas.

Selain serangan ke atas CNRP, kerajaanny­a sejak beberapa bulan lalu menutup beberapa outlet berita bebas dan NGO yang lantang bersuara – termasuk akhbar yang disegani Cambodia Daily.

Pada minggu ini dua bekas pemberita dari Radio Free Asia di AS telah ditangkap dan dituduh membekalka­n sebuah negara asing dengan maklumat yang mengancam keselamata­n negara.

Penganalis­is berkata Hun Sen diberanika­n oleh sokongan kewangan dari Beijing, yang telah memanjakan negara itu dengan pelaburan yang menjadikan­nya kurang bergantung kepada bantuan daripada demokrasi Barat. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DIBUBAR: Sami Buddha melintasi sepanduk dengan gambar presiden Parti Penyelamat Negara Kemboja (CNRP) Kem Sokha di luar ibu pejabat parti itu di Phnom Penh, Kemboja, semalam.
— Gambar Reuters DIBUBAR: Sami Buddha melintasi sepanduk dengan gambar presiden Parti Penyelamat Negara Kemboja (CNRP) Kem Sokha di luar ibu pejabat parti itu di Phnom Penh, Kemboja, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia