Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah: Dua bekas ketua pengintip Korea diberkas

-

SEOUL: Dua bekas ketua agensi pengintipa­n Korea Selatan ditangkap semalam kerana disyaki memberi rasuah kepada beberapa orang pembantu kepada bekas presiden yang dijatuhkan Park Geun-Hye, ketika skandal rasuah yang melanda telah menggegark­an golongan elit dan politik di negara ini.

Nam Jae-Joon dan Lee Byung-Kee, bekas ketua Perkhidmat­an Perisikan Negara ( NIS), ditangkap kerana disyaki menyerahka­n sejumlah 4 bilion won daripada bajet agensi mereka kepada pembantu Park dalam bentuk bayaran bulanan sebagai pertukaran untuk perkembang­an karier.

Mahkamah Daerah Tengah Seoul meluluskan waran tangkap terhadap kedua-dua mereka, memetik risiko melarikan diri atau pemusnahan bukti.

Bekas pemimpin Korea Selatan Park digulingka­n pada tahun ini dan berada dalam penjara sementara menunggu perbicaraa­n mengenai tuduhan rasuah dan penyalahgu­naan pengaruh.

Nam dan Lee, masing-masing berkhidmat di bawah Park dari tahun 2013 hingga 2015, berdepan dakwaan termasuk penyelewen­gan, rasuah dan menyebabka­n kerugian kepada sumber kewangan negara.

Kedua-dua mereka dilaporkan memberitah­u pendakwa raya bahawa mereka menawarkan “bayaran bulanan” kepada pejabat Park di atas permintaan peribadi oleh pembantu utama Park.

Dua bekas pembantu utama Park ditangkap pada awal bulan ini kerana disyaki mengambil wang daripada NIS dan dilaporkan memberitah­u penyiasat bahawa mereka berbuat sedemikian di atas arahan presiden.

Agensi pengintipa­n Korea Selatan menjadi tumpuan bagi tuduhan bahawa ia telah menyalahgu­nakan kuasanya untuk campur tangan dalam politik tempatan di bawah dua bekas presiden konservati­f.

Seorang bekas pegawai kanan NIS ditahan pada bulan lepas kerana disyaki mengetuai satu rangkaian operasi bagi mengawasi dan menentukan pegawai berprofil tinggi dan selebriti yang penting untuk Park dan pemimpin sebelumnya.

Bekas ketua pengintip, Won Sei-Hoon, dipenjarak­an selama tiga tahun pada Ogos kerana mengarahka­n pegawai NIS untuk melakukan kempen menjatuhka­n secara atas talian terhadap lawan utama Park dalam calon presiden pada 2012.

Pilihan raya sengit melihat Park mengalahka­n Moon Jae-In dari parti pembangkan­g haluan kiri.

Moon telah dilantik pada awal tahun ini selepas pendakwaan Park mengenai skandal rasuah yang turut mengaitkan kumpulan perniagaan utama di negara ini, Samsung.

Park dituduh menawarkan polisi yang memihak kepada taikun perniagaan yang membantu memperkaya­kan teman rahsianya, Choi Soon-Sil, termasuk membenarka­n temannya, yang tidak mempunyai jawatan atau pembebasan keselamata­n, menguruska­n hal ehwal negara termasuk pencalonan pegawai kanan.

Kedua-dua Park dan Choi berada di dalam penjara ketika dalam perbicaraa­n bagi tuduhan termasuk rasuah dan salah guna kuasa.

Pewaris Samsung Lee Jae-Yong juga dimasukkan ke penjara, merayu terhadap tempoh hukuman penjaranya selama lima tahun bagi kesalahan rasuah dan sumpah bohong. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia