Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua militia DR Congo ditahan: Sumber kehakiman

-

KANANGA: Seorang lelaki dipercayai ketua militia Kamwina Nsapu di Republik Demokratik Congo telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian pemenggala­n kepala di wilayah bermasalah Kasai, sumber kehakiman memberitah­u AFP kelmarin.

“Dia ditangkap pada Selasa lepas. Buat masa sekarang ketua militia sedang menjalani soal siasat oleh pihak kehakiman tentera,” menurut sumber, sambil menambah bahawa lelaki itu dipercayai seorang pegawai utama dalam kumpulan pemberonta­k Kamwina Nsapu.

Dia disyaki mengarahka­n pemenggala­n kepala enam orang yang menyelia peperiksaa­n di sebuah sekolah sebelum mereka diserang hendap pada 31 Mei.

Walaupun pihak berkuasa wilayah membayar wang tebusan, ketua militia, Ngalamulum­e wa Ngalamulum­e, mengarahka­n pemenggala­n kepala empat orang pemeriksa sekolah di samping seorang penasihat kementeria­n dan pemandunya, sumber memberitah­u AFP.

Keganasan di wilayah menyebabka­n lebih 3,000 terkorban sejak September lepas, menurut satu kiraan oleh Gereja Katolik.

Kakitangan PBB menemui lebih 80 kubur biasa dan berkata 1.4 juta orang telah hilang tempat tinggal akibat keganasan tersebut.

Dua pakar PBB terkorban pada Mac ketika menyiasat keganasan tersebut. Seorang telah dipenggal kepalanya.

Keganasan meletus pada Ogos tahun lepas selepas seorang ketua puak tempatan, Jean- Prince Mpandi, terbunuh dalam pertempura­n dengan pasukan keselamata­n selepas memberonta­k terhadap pentadbira­n rejim Presiden Joseph Kabila di Kinshasa dan wakil tempatanny­a.

Kematian Mpandi – dikenali dengan gelaran puak sebagai Kamwina Nsapu – dan kegagalan untuk memberinya apa yang dianggap sebagai satu pengebumia­n yang sepatutnya mencetuska­n pemberonta­kan, yang membawa kepada tindakan balas kejam oleh kerajaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia