Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas ‘Godfather’ Mafia Sicily meninggal dunia

-

ROM: Bekas “ketua utama kepada ketua-ketua” Toto Riina, salah seorang ‘Godfather’ yang paling digeruni dalam sejarah Mafia Sicily, meninggal dunia pada awal kelmarin akibat penyakit kanser, lapor media Itali.

Riina, yang telah menjalani 26 hukuman penjara seumur hidup dan didakwa mengarahka­n lebih 150 pembunuhan, telah berada dalam keadaan koma perubatan selepas tahap kesihatann­ya bertambah teruk selepas dua pembedahan.

Gengster itu, yang berusia 87 tahun kelmarin, meninggal dunia di sayap banduan di sebuah hospital di Parma utara Itali hanya sebelum jam 4 pagi waktu tempatan, lapor beberapa akhbar utama di negara ini dan agensi berita ANSA.

Pihak hospital tidak dapat mengesahka­n dengan segera kematianny­a.

Isterinya dan tiga daripada empat orang anaknya telah diberi kebenaran oleh kementeria­n kesihatan Itali kelmarin untuk satu kunjungan yang jarang dilakukan untuk mengucapka­n selamat tinggal.

Anak lelaki sulung Riina, Giovanni sedang menjalani hukuman seumur hidup bagi empat pembunuhan.

“Anda bukan Toto Riina bagi saya, kamu adalah bapa saya. Dan saya mengucapka­n selamat hari jadi bapa pada hari yang menyedihka­n namun penting ini. Saya sayangkan kamu,” seorang lagi anak lelakinya Salvatore menulis di dalam Facebook kelmarin.

Riina yang semakin tua meminta pada Julai lepas agar dibebaskan dari penjara di atas dasar penyakit serius – satu permintaan yang ditolak selepas sebuah mahkamah memutuskan penjagaan yang dia terima di dalam penjara adalah sebaik yang dia boleh perolehi di luar.

Beberapa doktor me- nyatakan pada masa itu bekas ketua itu sebagai “waras”. Dia secara rahsia dirakam pada awal tahun ini menyatakan dia “tidak menyesali apa-apa... Mereka tidak pernah menjejaska­n saya, walaupun sekiranya mereka memberikan saya hukuman penjara selama 3,000 tahun”.

Pembunuhan berprofil tinggi diarahkan oleh Riina adalah pembunuhan pada 1992 terhadap hakim antimafia Giovanni Falcone dan Paolo Borsellino, yang bertugas tanpa gentar untuk membawa lebih 300 samseng ke mahkamah bagi perbicaraa­n pada tahun 1987.

Dia turut menjadi dalang di sebalik satu siri pengeboman di Rom, Milan dan Florence yang mengorbank­an 10 nyawa.

“Tuhan mengasihi dia, walaupun kita tidak,” kata sebuah pertubuhan bagi mangsa dalam letupan Florence, lapor akhbar Fatto Quotidiano. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia