Utusan Borneo (Sarawak)

Filem TV ‘Luar Biasa’ menerusi slot Karya 12 di Astro, pada 25 Nov ini

-

televisyen (FTV) terbaharu di bawah naungan ‘Karya 12’ iaitu ‘Luar Biasa’ merupakan naskhah terkini Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM 29), Tunku Mona Riza yang sebelum ini dikenali menerusi filem ‘Redha’.

‘Redha’ telah berjaya mendapat pengiktira­fan dari pelbagai majlis penganuger­ahan berprestij anjuran dalam dan luar negara seperti Merit Award di Los Angeles Awareness Film Festival 2016 (LAAFF 2016), Anugerah Khas Pengkritik Filem Rusia dan Anugerah Khas Pilihan Presiden Republik Tatarstan Untuk Kemanusiaa­n Dalam Sinematogr­afi di Festival Filem Antarabang­sa Kazan, Rusia dan banyak lagi anugerah lain.

Baru-baru ini, Astro telah pun mengadakan sesi pra tonton bersama pelajar-pelajar Universiti Malaya bertempat di Panggung Eksperimen Universiti Malaya pada 15 November 2017.

Sesi tersebut turut dihadiri Tunku Mona Razi selaku Pengarah, Amal Ziaq Nawawi (Pengurus Saluran Astro Citra) dan barisan pelakon seperti Rykarl Iskandar (sebagai Ridzuan Puzi @ Dekwan) dan Idan Aedan (sebagai Saiful Puzi@ Abang Pun).

Menurut Tunku Mona Riza, beliau rasa terpanggil untuk sekali lagi menzahirka­n sebuah naskhah yang berlatarbe­lakangkan orang-orang biasa yang ada di sekeliling kita selepas melihat kepada penerimaan ramai akan filem ‘Redha’ sebelum ini.

“Saya terpanggil untuk sekali lagi menzahirka­n sebuah naskhah yang berlatarbe­lakangkan ‘the common people’ atau dalam erti kata lain, orangorang biasa yang ada di sekeliling kita. Masingmasi­ng memiliki kisah mereka yang tersendiri dan saya merasakan ada di antara kisah-kisah tersebut sangat istimewa dan wajar dikongsi bersama,” katanya.

“Saya mula menyedari kehadiran insan istimewa yang bernama Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi atau Dek Wan ini selepas beliau berjaya memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016.

“Siapa sangka, seorang anak istimewa yang sebelum ini hanya insan biasa yang namanya tidak pernah didengari di mana-mana telah berjaya membawa pulang pingat emas untuk kita semua dan menjadi lambang kebanggaan negara.

“Bertitik tolak dari situ, saya kemudianny­a nekad untuk mendekati Dek Wan dan keluargany­a seterusnya menyatakan hasrat untuk menyiapkan sebuah naskhah yang didedikasi­kan khas untuk keluarga ini. Terjadilah naskhah ‘Luar Biasa’, istimewa untuk penonton di luar sana.

“Pujian juga harus diberikan kepada barisan pelakon seperti saudara Shahrolniz­am Noor, Rykarl Iskandar, Idan Aedan, Faridah Bakiri dan ramai lagi di atas kejayaan mereka menterjema­hkan watak masing-masing dengan cukup baik sekali. Apa yang boleh saya katakan adalah, saya begitu gembira dengan hasil akhir FTV ‘Luar Biasa’ ini. Harapan saya semoga anda semua terhibur,” katanya lagi.

Diinspiras­ikan dari kisah benar, ‘Luar Biasa’ mengisahka­n tentang pemenang pingat emas Paralimpik, Mohamad Ridzuan Puzi atau lebih dikenali dengan panggilan Dek Wan yang menghidapi penyakit ‘Cerebral Palsy’ dan abangnya, Saiful @ Abang Pun yang sentiasa ada di sisinya.

Selepas beberapa minggu kelahiran, Dek Wan mengalami penyakit demam kuning dan demam panas. Hal ini menyebabka­n perubahan drastik terhadap diri beliau.

Doktor mengesahka­n beliau menghidap penyakit ‘Cerebral Palsy’ dan segalanya kini berubah. Dek Wan kehilangan keupayaan untuk bercakap, berjalan dan mengimbang, serta keadaan fizikal yang berbeza berbanding kanak-kanak yang lain.

Saiful @ Abang Pun yang hanya satu tahun perbezaan umur dengan Dek Wan adalah satusatuny­a abang dan sahabat Dek Wan. Mereka sentiasa bersama dan seperti yang selalu dikatakan Abang Pun, tidak kira apa yang terjadi, sebagai adik-beradik, mereka akan sentiasa bangkit bersama.

‘Luar Biasa’ dibintangi pelakon yang amat disegani ramai, Sharolniza­m Noor yang bertindak sebagai En. Puzi (bapa) dan turut menampilka­n pelakon cilik Rykarl Iskandar sebagai Mohamad Ridzuan Puzi @ Dek Wan serta pendatang baharu dalam industri seni tempatan, Idan Aedan sebagai Abang Pun.

FTV ini bakal disiarkan menerusi Astro Citra (saluran 131), Mustika HD (saluran 134) dan platform digital ‘on demand’ pada Sabtu, 25 November depan, jam 9.00 malam.

Ia adalah sebahagian daripada kempen anjuran Astro, ‘Karya 12’ yang turut melibatkan kerjasama pengarah-pengarah terhebat tanah air seperti Mamat Khalid, Rashid Sibir, Nik Amir Mustapha, Feroz Kader, Tunku Mona Riza dan Razaisyam Rashid.

Melihat kepada kejayaan kempen ‘Karya 12’ yang diperkenal­kan pada bulan April tahun lalu, tahun ini menyaksika­n penganjura­nnya untuk tahun kedua dengan penglibata­n ramai lagi nama-nama hebat, sama ada di belakang dan di hadapan tabir.

‘Karya 12’ bertindak sebagai sebuah platform kepada graduan muda yang berjiwa kreatif untuk tampil mencurahka­n idea masing-masing yang mana ianya akan terus diperhalus­i menerusi beberapa

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SOAL JAWAB: (Dari kiri) Idan Aedan, Rykarl, Tunku Mona Riza, Ridzuan Puzi dan Saiful Pun dalam satu sidang media semasa tayangan perdana FTV ‘Luar Biasa’ baru-baru ini.
SOAL JAWAB: (Dari kiri) Idan Aedan, Rykarl, Tunku Mona Riza, Ridzuan Puzi dan Saiful Pun dalam satu sidang media semasa tayangan perdana FTV ‘Luar Biasa’ baru-baru ini.
 ??  ?? GANDINGAN HEBAT: Pelakon di sebalik FTV ‘Luar Biasa’ yang diarahkan oleh Tunku Mona Riza.
GANDINGAN HEBAT: Pelakon di sebalik FTV ‘Luar Biasa’ yang diarahkan oleh Tunku Mona Riza.
 ??  ?? WATAK UTAMA: Idan Aedan sebagai Abang Pun dan Rykarl Iskandar sebagai Dek Wan
WATAK UTAMA: Idan Aedan sebagai Abang Pun dan Rykarl Iskandar sebagai Dek Wan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia