Utusan Borneo (Sarawak)

Greece berkabung susulan banjir teruk

Empat hilang, 16 maut, lebih banyak ribut petir diramal sehingga hujung minggu

-

MANDRA: Greece berkabung kelmarin ketika anggota penyelamat cuba mengesan beberapa orang yang hilang dalam kejadian banjir yang mengorbank­an 16 nyawa berhampira­n ibu negara, disusuli ramalan ribut petir sehingga hujung minggu.

Pihak berkuasa berkata sekurang-kurangnya empat orang masih belum diketahui keadaan mereka di Mandra, salah satu daripada tiga pekan kira-kira 50 kilometer di barat Athens yang dilanda banjir teruk pada awal Rabu lepas.

Mangsa terbaharu, seorang lelaki berusia 50 tahun, ditemui di dalam sebuah bilik bawah tanah yang dipenuhi dengan lumpur.

Kru penyelamat mengambil masa selama sehari lebih untuk sampai ke rumah beliau.

Perdana Menteri Alexis Tsipras, yang mengumumka­n negara berkabung selama tiga hari selepas bencana tersebut, berkata beliau berasa “terkejut” selepas melawat kawasan kelmarin.

“Ini adalah jelas satu fenomena cuaca yang jarang berlaku dan ekstrem,” kata Tsipras.

“Namun fenomena ekstrem ini mempunyai kesan ini kerana masalah yang terkumpul (selama beberapa dekad) dan kekurangan dalam perancanga­n infrastruk­tur dan zon,” jelas beliau.

Beberapa pakar berkata bangunan yang tidak dirancang dengan baik di kawasan tersebut – sebahagian daripadany­a oleh pihak berkuasa perbandara­n tempatan – bermakna ini merupakan satu bencana yang menunggu masa untuk berlaku.

Kerja pembetulan parit di kawasan tersebut diluluskan pada 2016 namun kerja itu masih belum dimulakan.

Ahli meteorolog­i berkata penurunan hujan lebat pada Rabu lepas adalah tertumpu di sebuah gunung berhampira­n yang dimusnahka­n oleh kebakaran hutan pada 2016, membantu menyebabka­n gelongsora­n lumpur.

Kawasan berhampira­n mengalami kurang penurunan hujan, kata mereka.

“Ia adalah seperti satu tsunami,” Evangelos Kolovetzos, seorang pemilik kedai tempatan, memberitah­u AFP.

Penduduk tempatan Spyros Karambikas memberitah­u televisyen ERT bahawa beliau melihat seorang lelaki dihanyutka­n oleh air yang deras “seperti mana angin menerbangk­an kain napkin.”

“Air di dalam rumah saya naik setinggi 3.5 meter (11.5 kaki),” kata Sotiris Loukopoulo­s, yang farmasi beliau adalah satu- satunya yang masih dibuka di Mandra.

“Lima farmasi musnah, kami masih lagi beroperasi kerana kami berada di kawasan tanah tinggi,” beliau memberitah­u radio perbandara­n Athens, ketika penduduk cuba membersihk­an halaman mereka dengan penyodok dan hos paip.

Lebih 100 anggota bomba dibantu oleh peralatan tentera melakukan usaha mencari dan menyelamat di Mandra, Nea Peramos dan Megara, beberapa komuniti separuh luar bandar di barat Athens yang paling teruk dilanda banjir.

Operasi dilakukan di sepanjang jalan raya yang dikotori serpihan, kereta yang terbalik dan beratus-ratus rumah dan kedai yang ditenggela­mi air ketika kru utiliti berusaha mengembali­kan bekalan elektrik dan air.

Kakitangan kecemasan menggunaka­n pam untuk mengepam air ketika pasukan bantuan polis dihantar ke kawasan itu bagi menghalang tindakan mencuri.

Cuaca buruk dijangka akan berterusan sehingga hujung minggu, menimbulka­n kebimbanga­n bagi beratus-ratus orang yang rumah mereka dimasuki air.

“Kami sedang cuba berdepan dengan dua kejadian air yang teruk, salah satu daripadany­a masih mengalir melalui tengah Mandra,” sumber agensi perlindung­an awam memberitah­u AFP.

Seramai 12 orang dimasukkan ke hospital, seorang dalam keadaan serius.

Sebagai satu langkah pertama, negara akan menanggung perbelanja­an bagi pengebumia­n, menurut kementeria­n dalam negeri.

Makanan, air dan selimut telah segera dihantar ke kawasan tersebut, dilanda oleh apa yang dikatakan oleh penduduk tempatan sebagai banjir paling teruk dalam tempoh 20 tahun.

“Situasi adalah tidak dijangkaka­n,” kata Constantin­os Palaiorout­is, pengarah di hospital berhampira­n dengan kawasan itu.

Beberapa warga emas meninggal dunia di dalam rumah mereka sementara beberapa orang lagi terperangk­ap di dalam kereta mereka ketika mereka memandu ke tempat kerja masing-masing.

Dua mayat dihanyutka­n ke laut.

Beberapa bahagian di kawasan tersebut tanpa bekalan air dan elektrik untuk hari kedua, dan sebahagian besar kerosakan akan mengambil masa beberapa hari untuk dibaiki, walaupun nasib baik sistem kumbahan masih lagi berfungsi, kata syarikat air negara.

Sebuah kapal persiaran dengan 364 kabin telah diarahkan untuk melindungi sebahagian daripada golongan gelandanga­n sekiranya perlu, menurut kementeria­n marin perdaganga­n.

Pernah merupakan sebuah kawasan luar bandar, Mandra dan beberapa pekan berhampira­n berubah dengan pesat menjadi sebuah hab logistik bagi beberapa kilang dan gudang sejak 20 tahun lepas, dengan pembinaan baharu menutup tebingan sungai yang akan menyediaka­n perparitan semula jadi.

Seorang pendakwa raya telah mengarahka­n siasatan mengenai perlanggar­an pembinaan di kawasan itu, di mana dua orang meninggal dunia akibat banjir yang melanda pada 1996.

Jurucakap kerajaan Dimitris Tzanakopou­los berkata “pembinaan secara haram merupakan satu respons terhadap ketidaksam­arataan sosial dan ekonomi yang besar.”

Kawasan yang terjejas akan memohon dana perpaduan Kesatuan Eropah, kata pejabat gabenor Athens. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? CEPAT NAIK!: Seorang lelaki membantu memindahka­n seorang wanita dari banjir di Mandra di barat Athens, kelmarin.
— Gambar AFP CEPAT NAIK!: Seorang lelaki membantu memindahka­n seorang wanita dari banjir di Mandra di barat Athens, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia