Utusan Borneo (Sarawak)

1,402 POLIS DITUGAS SEMPENA WIEF KE-13

-

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menugaskan 1,402 anggota sewaktu Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-13 yang akan diadakan dari 21 hingga 23 November ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) untuk menjaga lalu lintas serta keselamata­n.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal berkata, pihaknya bukan sahaja bertugas di venue di mana acara tersebut berlangsun­g, tetapi juga ketiga-tiga hotel iaitu Hilton, Pullman Kuching dan Hotel Riverside Majestic yang menjadi tempat wakil-wakil delegasi menginap.

“Anggota kita sudah bersiap sedia untuk bertugas dalam menjaga keselamata­n dan mengawal lalu lintas.

“Kami akan menggunaka­n semua aset kami untuk memastikan tidak ada insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang acara tersebut berlangsun­g, termasuk dua helikopter untuk kawalan melalui udara.

“Selain itu, seramai 20 pegawai polis dan Unit Simpanan Persekutua­n (FRU) akan turut sama dalam penugasan kali ini untuk melatih anggota kita menggunaka­n alat pengimbas,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, WIEF Ke-13 adalah acara antarabang­sa yang dijangka dihadiri kira-kira 2,300 wakil delegasi dan pemimpin dari beberapa negara termasuk Presiden Indonesia Joko Widodo.

“Acara tersebut nanti juga akan dihadiri oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Presiden Indonesia, menteri-menteri dari negaranega­ra timur tengah dan ramai lagi.

“Justeru, kami amat memandang serius mengenai faktor keselamata­n selain memastikan acara ini berlangsun­g dengan lancar,” tegas Amer.

Hadir sama pada sidang media semalam ialah Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak Datuk SAC Zamani Tan Sri Hamdan dan Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk SAC Khaw Kok Chin.

 ??  ?? ACARA PENTING: Amer (tengah) bersama Zamani (kiri) dan Khaw pada sidang media semalam.
ACARA PENTING: Amer (tengah) bersama Zamani (kiri) dan Khaw pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia