Utusan Borneo (Sarawak)

INSENTIF KHAS BUAT PENJAWAT AWAM NEGERI

-

KUCHING: Semua penjawat awam negeri bakal menerima bayaran insentif khas bersamaan sebulan gaji asas atau minimum RM2,000 pada Disember ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mengumumka­n perkara itu berkata, ia merupakan kali pertama kerajaan negeri melaksanak­an bayaran sedemikian dengan anggaran kos RM45 juta.

“Negeri ini mempunyai keupayaan kewangan untuk melaksanak­an bayaran insentif khas ini yang melibatkan anggaran berjumlah RM45 juta dan bayaran insentif khas akan diberikan pada Disember 2017.

“Bayaran insentif khas ini juga dibuat memandangk­an prestasi kewangan mengagumka­n dan kedudukan kewangan negeri yang sihat, yang disebabkan perkhidmat­an mereka yang komited, perbelanja­an berhemah dan disiplin perkhidmat­an awam,” katanya ketika berucap menyampaik­an ucapan penggulung­an pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Abang Johari berkata, beliau percaya bayaran insentif khas itu akan memberi motivasi kepada perkhidmat­an awam negeri agar terus menyampaik­an perkhidmat­an cemerlang.

“Ia sebagai pengiktira­fan dan penghargaa­n terhadap perkhidmat­an, dedikasi penjawat awam negeri yang menyumbang kepada kemajuan serta pertumbuha­n negeri yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Sejak bertahun lalu, kata beliau, perkhidmat­an awam Sarawak telah menunjukka­n prestasi yang sangat baik meskipun jumlah tenaga kerjanya hanya 22,549 orang (termasuk pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun).

Tambahnya, ia mencermink­an kecekapan mereka meskipun tanggungja­wab yang berat dan pertumbuha­n pesat dalam bebanan kerja dari segi projek dan program selama bertahun-tahun.

Berhubung isu lain, Abang Johari menegaskan, kerajaan kini perlu beralih kepada kerajaan digital dalam persekitar­an selamat dengan jejak audit ketat.

“Begitu juga bagi setiap data peribadi, transaksi dengan kerajaan dikemas kini selain warga juga dapat meminta perkhidmat­an daripada kerajaan dengan hanya sentuhan butang daripada platform bersepadu.

“Ia merangkumi seluruh kitaran hidup rakyat daripada kelahiran hingga kematian dan bagi tujuan itu, kita sedang membangunk­an platform umum bagi pengenalan dan mungkin memanggiln­ya Sarawak ID,” jelasnya.

Sebulan gaji asas atau minimum RM2,000 akan dibayar pada Disember ini: KM

 ??  ?? SEDIA: Abang Johari ditemani Setiausaha Sulit Kanan beliau, Wan Khalik Wan Muhammad menunjukka­n teks ucapan penggulung­an sebelum persidanga­n bermula di lobi DUN, semalam.
SEDIA: Abang Johari ditemani Setiausaha Sulit Kanan beliau, Wan Khalik Wan Muhammad menunjukka­n teks ucapan penggulung­an sebelum persidanga­n bermula di lobi DUN, semalam.
 ??  ?? Laporan oleh Jessica Jawing, Agnes Tugong Marlinda Mardzuki
Laporan oleh Jessica Jawing, Agnes Tugong Marlinda Mardzuki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia