Utusan Borneo (Sarawak)

Getah asli kekal penyumbang besar KDNK

-

KUCHING: Getah asli kekal sebagai industri penting dalam ekonomi Malaysia terutama sumbangann­ya kepada Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport dan pekerjaan bilangan besar pekebun.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, aktiviti pembanguna­n dan penyelidik­an dipelbagai ke arah memperkuku­h kedudukan daya saing dan kecekapan pengeluara­n getah asli, sektor pekebun kecil secara keseluruha­nnya terus ketinggala­n di belakang dari segi pengeluara­n termasuk kualiti pengeluara­n getah mentah.

Di Sarawak, industri getah asli didominasi oleh pekebun kecil dengan pegangan bertaburan di seluruh negeri.

Ketika ini, kawasan ditanam ialah 160,449 hektar dengan nilai eksport produk getah Sarawak menurun daripada RM265.7 juta dalam 2012 kepada hanya RM114 juta pada 2014.

“Terdapat prospek baik bagi industri getah asli di Sarawak sebab pada masa ini, Malaysia mengimport 318,419 tan metrik lateks pekat dari Thailand bagi menyokong industri berasaskan getah di negara.

“Ini akan menawarkan peluang baharu untuk Sarawak mengeluark­an lateks pekat dalam usaha mengurangk­an import lateks kepada Malaysia,” katanya juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulung­annya bagi kementeria­n berkenaan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Tambah Uggah, produk industri getah lain ialah kayu getah yang mana boleh digunakan bagi mengeluark­an produk berasaskan kayu seperti perabot, bangunan dan bahan hiasan dalaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia