Utusan Borneo (Sarawak)

30 PELAJAR KHATAM AL-QURAN, 53 TERIMA SIJIL TAMAT ASAS TAHMID

-

MAJLIS Khatam Al-Quran dan Konvokesye­n Kali Ke5 Pusat Pengajaran dan Pembelajar­an Al-Quran Teknik Al-Baghdadi (ALC) Sibu berlangsun­g meriah di Dewan Laksis di Sibu, baru-baru ini.

Majlis kali ini dianjur oleh Pusat ALC Cawangan Sibu dan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Sibu (JAIS) Sarawak dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sibu.

Seramai 30 pelajar khatam al-Quran dan 53 penerima Sijil Tamat Asas Tahmid dari empat pusat ALC iaitu ALC Ummi Nur Asiah Taman Indah Sibu, ALC Ummi Nur Asiah Sibu Jaya, ALC Ummi Nur Asiah Pondok Amal Kampung Hilir dan Akademi Syuhada telah diraikan pada majlis tersebut.

Acara majlis menyaksika­n penyampaia­n anugerah Pelajar Termuda Khatam Al-Quran kepada adik Mirza Ziqri Mohd Shukri dan Irham Arfian Rudy Arfian yang berusia tujuh tahun.

Seramai empat pelajar dari cawangan masingmasi­ng telah terpilih sebagai pelajar terbaik ALC 2016. Mereka ialah Asyraaf Nasrullah Adib Afifi Afne, Nur Farrisha Azwani Abdullah, Dhiya Nur Zulaikha dan Shamieza Sopian.

Manakala, pelajar terbaik tahfiz dianugerah­kan kepada Muqri Luzman Mohd Shukri, Arina Awfiyah Muhd Firdaus, Irfan Farhan Fathi dan Aliya Najihah Sarif.

Bagi tokoh pelajar Al-Baghdadi Sibu pula, anugerah diberikan kepada Mohd Haiqal Nazreyrudd­in Mohd Nazib yang berusia 12 tahun. Beliau berjaya menamatkan bacaan khatam al-Quran bersama Al-Baghdadi pada usia sembilan tahun pada 2014.

Sementara itu, majlis turut menganuger­ahkan kepada tiga tenaga pengajar bagi perkhidmat­an cemerlang iaitu Ustazah Hasiah Yahud, Ustazah Siti Fatimah Azzahra dan Ustazah Nurul Syahirah Ishak.

Hadir merasmikan dan menyampaik­an sijil kepada para pelajar ialah Ketua Pegawai Operasi Yayasan Al-Baghdadi Malaysia Ustaz Farhan Alias.

Turut hadir, Ketua Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu selaku wakil ibu bapa pelajar Al-Baghdadi Dr Muhamad Rais Abdullah dan Penolong Pentadbir Jabatan Agama Islam Sibu (JAIS) Sarawak Ustaz Wan Nazarul Latif.

 ??  ??
 ??  ?? Oleh Borhaniza Ali Basah
Oleh Borhaniza Ali Basah
 ??  ?? TAHNIAH: (Dari kiri) Nazarul, Farhan, Rais (belakang, empat kiri) dan Khamsiah (paling kanan) bergambar bersama Haiqal (empat kiri) yang dianugerah­kan sebagai tokoh pelajar Al-Baghdadi 2017. Turut kelihatan ibu bapa Haiqal (tiga kanan dan dua kiri).
TAHNIAH: (Dari kiri) Nazarul, Farhan, Rais (belakang, empat kiri) dan Khamsiah (paling kanan) bergambar bersama Haiqal (empat kiri) yang dianugerah­kan sebagai tokoh pelajar Al-Baghdadi 2017. Turut kelihatan ibu bapa Haiqal (tiga kanan dan dua kiri).
 ??  ?? PALING MUDA: Farhan (tiga kiri), Nazarul (kiri) dan Rais (tiga kanan) bergambar bersama Arfian yang merupakan salah seorang pelajar termuda khatam al-Quran. Turut kelihatan ibu bapa Arfian (kanan dan dua kanan).
PALING MUDA: Farhan (tiga kiri), Nazarul (kiri) dan Rais (tiga kanan) bergambar bersama Arfian yang merupakan salah seorang pelajar termuda khatam al-Quran. Turut kelihatan ibu bapa Arfian (kanan dan dua kanan).
 ??  ?? GURU CEMERLANG: Ustazah Hasiah (tengah) salah seorang penerima Anugerah Tenaga Pengajar Cemerlang menerima hadiah.
GURU CEMERLANG: Ustazah Hasiah (tengah) salah seorang penerima Anugerah Tenaga Pengajar Cemerlang menerima hadiah.
 ??  ?? POTONG KEK: Khamsiah (tengah) memotong kek Majlis Khatam Al-Quran dan Konvokesye­n Kali Ke-5 Pusat Pengajaran dan Pembelajar­an Al-Quran Teknik Al-Baghdadi (ALC) Sibu.
POTONG KEK: Khamsiah (tengah) memotong kek Majlis Khatam Al-Quran dan Konvokesye­n Kali Ke-5 Pusat Pengajaran dan Pembelajar­an Al-Quran Teknik Al-Baghdadi (ALC) Sibu.
 ??  ?? BERI SOKONGAN: Sebahagian daripada ibu bapa yang menyerikan Majlis Khatam Al-Quran dan Konvokesye­n Kali Ke-5 Pusat Pengajaran dan Pembelajar­an Al-Quran Teknik Al-Baghdadi.
BERI SOKONGAN: Sebahagian daripada ibu bapa yang menyerikan Majlis Khatam Al-Quran dan Konvokesye­n Kali Ke-5 Pusat Pengajaran dan Pembelajar­an Al-Quran Teknik Al-Baghdadi.
 ??  ?? TAHNIAH: Nazarul menyampaik­an hadiah kepada salah seorang penerima sijil tamat Asas Tahmid.
TAHNIAH: Nazarul menyampaik­an hadiah kepada salah seorang penerima sijil tamat Asas Tahmid.
 ??  ?? ALBUM: Para jemputan merakam gambar kenangan bersama pelajar khatam al-Quran.
ALBUM: Para jemputan merakam gambar kenangan bersama pelajar khatam al-Quran.
 ??  ?? ANAK SOLEH: Hadirin diperdenga­rkan dengan persembaha­n pelajar khatam al-Quran.
ANAK SOLEH: Hadirin diperdenga­rkan dengan persembaha­n pelajar khatam al-Quran.
 ??  ?? BERBAKAT BESAR: Pelajar-pelajar Al-Baghdadi mempersemb­ahkan hafazan.
BERBAKAT BESAR: Pelajar-pelajar Al-Baghdadi mempersemb­ahkan hafazan.
 ??  ?? DILANCAR: Majlis turut menyaksika­n pelancaran Akademi Syuhada.
DILANCAR: Majlis turut menyaksika­n pelancaran Akademi Syuhada.
 ??  ?? HAFAZAN: Pelajar khatam al-Quran mempersemb­ahkan bacaan.
HAFAZAN: Pelajar khatam al-Quran mempersemb­ahkan bacaan.
 ??  ?? BIJAK: Pelajar Tahmid membuat persembaha­n ‘ketuk-ketuk’.
BIJAK: Pelajar Tahmid membuat persembaha­n ‘ketuk-ketuk’.
 ??  ?? HULUR: Rais menyampaik­an hadiah kepada pelajar Tahmid.
HULUR: Rais menyampaik­an hadiah kepada pelajar Tahmid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia