Utusan Borneo (Sarawak)

Berdua lebih baik tema konsert GV minggu ke-4 malam ini

-

KONSERT ketiga Gegar Vaganza (GV) musim ke-4 minggu lepas melihat nasib tidak menyebelah­i Raja Azura atau lebih dikenali dengan nama Kak Engku walaupun telah memberikan satu persembaha­n yang menarik apabila perjalanan beliau terkandas dalam konsert yang bertemakan ‘Berani Ke Idok’ itu.

Dalam konsert berkenaan, Kak Engku menyanyika­n lagu yang di luar lingkungan zon selesa dengan lagu ‘Perhaps Perhaps Perhaps’ nyanyian asal Pussycat Dolls. Kak Engku memperoleh­i markah 61.2 peratus yang meletakkan beliau di kedudukan terendah, dengan perbezaan markah hanya 0.2 peratus dengan Elyana.

Sementara itu, bintang kegemaran ramai, Liza Hanim berjaya mempertaha­nkan kedudukan di tempat pertama dengan markah 83.4 peratus.

Kreativiti dalam berkarya dan kawalan vokal beliau dipuji oleh pihak juri sewaktu membawakan lagu ‘Lagu Untukmu’ nyanyian asal oleh Meet Uncle Hussein. Lagu yang sama juga pernah dinyanyika­n oleh penyanyi Nora, peserta ‘GV’ musim lepas.

Peserta tunggal dari Indonesia, Firman berjaya menebus kekurangan minggu lalu apabila tampil dengan persembaha­n yang cukup menarik sewaktu membawakan lagu ‘Zalikha’ nyanyian asal Floor 88 sekaligus meletakkan beliau di tangga kedua dengan markah sebanyak 77.6 peratus. Lan Kristal dengan markah yang sama iaitu 77.6 peratus juga tidak kurang hebatnya dengan lagu ‘Sayang-Sayang’ Aliff Aziz.

Konsert GV4 di minggu keempat pada malam ini bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’ bakal menyaksika­n bintang-bintang GV4 berduet dengan artis pilihan.

Pada malam ini, Firman bakal berpadu suara dengan pasangan duetnya, Misha Omar untuk menyanyika­n lagu ‘Biar Menjadi Kenangan’ nyanyian asal oleh Reza & Masaki Ueda, Hazami & Azharina pula dengan lagu ‘Jangan Pisahkan’ (Deddy Dores & Mayank Sari), Lan Kristal & Siti Nordiana dengan ‘Naluri Cinta’ (Rohana Jalil & To’ki), Tia Jinbara & Aweera dengan ‘Arjuna Mencari Cinta’ (Dewa) dan Aqasha & Tomok dengan ‘Cinta Ini Membunuhku’ (D’Masiv).

Manakala Aishah akan berganding­an dengan Sam Innuendo menerusi lagu yang pernah dipopulark­an oleh Jaclyn Victor & Rio Febrian berjudul ‘Ceritera Cinta’, Liza Hanim & Hafiz Suip dengan lagu ‘Dirgahayu’ (Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir), Elyana & Aepul Drama Band dengan ‘Aku Yang Tersakiti’ (Judika), Syura & Bob Yusof dengan ‘Selasihku Sayang’ (Ahmad Jais & Rafeah Buang) dan Haida & Ezad Lazim dengan ‘Memori Daun Pisang’ (Iwan & Amelina).

Konsert mingguan GV4 akan dipancarka­n secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta boleh dinikmati juga di aplikasi Astro GO dan perkhidmat­an ‘on demand’ untuk lebih fleksibel.

Masih mengekalka­n format asal, nasib para bintang diadili sepenuhnya berdasarka­n sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri yang telah dipertangg­ungjawabka­n untuk menilai persembaha­n berdasarka­n kriteria yang telah ditetapkan.

Juara GV4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain manakala naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000 dan trofi.

Pemenang tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masingmasi­ng akan memenangi wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi dan hadiah sampingan setiap seorang.

 ??  ??
 ??  ?? TERSINGKIR: Kak Engku menjadi bintang GV4 kedua tersingkir walaupun telah memberikan satu persembaha­n yang menarik menerusi lagu ‘Perhaps Perhaps Perhaps’ minggu lepas.
TERSINGKIR: Kak Engku menjadi bintang GV4 kedua tersingkir walaupun telah memberikan satu persembaha­n yang menarik menerusi lagu ‘Perhaps Perhaps Perhaps’ minggu lepas.
 ??  ?? MALAM INI: Sepuluh bintang GV4 yang akan membuat persembaha­n malam ini dalam konsert bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’.
MALAM INI: Sepuluh bintang GV4 yang akan membuat persembaha­n malam ini dalam konsert bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia