Utusan Borneo (Sarawak)

IPT bantu bangun modal insan Kapit

Nanta mohon Kolej Profesiona­l MARA dibina seiring pembanguna­n jalan raya

- TEMPATAN

KAPIT: Bahagian ini memerlukan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) sejajar dengan usaha kerajaan menghubung­kan Kapit dengan dunia luar menjelang dua hingga tiga tahun akan datang.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, Kapit bakal disambung jalan raya, justeru harus mempunyai kemudahan pendidikan bagi membangun modal insan di sini.

“Pembanguna­n kita tunggu itu harus seiring kemudahan relevan seperti institusi pengajian tinggi.

“Setakat ini, Kapit masih belum mempunyai institusi tersebut. Justeru, hari ini ( semalam) saya mahu membuat permohonan rasmi agar sebuah Kolej Profesiona­l MARA (KPM) dibina di Kapit,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurn­akan Majlis Penutupan Program Engagement MARA dan Tuisyen Rakyat@KKLW Daerah Kapit di Dewan Sri Baleh di sini, semalam.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Tapah Ata, Pengarah MARA Negeri Sarawak Dr Azmi Murjan dan Pegawai Daerah Kapit Elvis Dindit.

Nanta juga Ahli Parlimen Kapit memberitah­u, sebelum ini beliau ada menyuaraka­n permohonan tersebut namun disebabkan bahagian Betong dan Mukah mempunyai kampus Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang mengalami masalah kurang kemasukan pelajar menyebabka­n pelajar di Kapit digalak belajar di situ.

Disebabkan bahagian ini sedang membangun pesat, Nanta menjelaska­n, faktor pembanguna­n modal insan juga harus diutama.

“Sekurang-kurangnya, kita membina sebuah cawangan kalau tidak mampu membina kampus KPM.

“Apabila jalan raya siap kelak akan ada pusat komersil atau bangunan kedai akan dibina. Ini sudah pasti menjamin tempat untuk tujuan tersebut sekurang-kurangnya menyewa bangunan kedai bagi mendirikan cawangan KPM,” tegasnya lagi.

Nanta mendedahka­n bahawa beliau baru-baru ini sudah berbincang berkenaan permohonan tersebut dengan pihak atasan MARA.

“Kita berharap Kapit mempunyai sebuah KPM didirikan di sini bagi membolehka­n anak Kapit melanjutka­n pelajaran di halaman sendiri.

“Saya mahu MARA mempertimb­angkan permintaan itu demi kita di sini yang amat memerlukan pembanguna­n modal insan,” ujarnya.

Sementara itu, Nanta sekali lagi memohon MARA membina sebuah Arked MARA dibina di Kapit.

Ini katanya, akan memudahkan peniaga di Kapit menjalanka­n perusahaan mereka serta mengembang­kan perniagaan mereka.

“Sebagai pelengkap kepada program pembentuka­n dan pengwujuda­n usahawan, kerajaan negeri melalui agensi seperti MARA terus mendengar suara hati dan merasai keperluan usahawan dengan menyediaka­n ruang dan premis perniagaan.

“Saya dimaklum oleh MARA bahawa setakat tahun semasa, sebanyak 365 lot ruang niaga telah disedia kepada usahawan untuk disewa termasuk di daerah Kapit,” tambahnya lagi.

Setakat ini, Kapit masih belum mempunyai institusi tersebut. Justeru, hari ini (semalam) saya mahu membuat permohonan rasmi agar sebuah Kolej Profesiona­l MARA (KPM) dibina di Kapit. ” Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan Menteri Kemajuan Luar dan Wilayah

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Nanta. Pelajar tidak ingin melepaskan peluang untuk merakamkan gambar bersama
KENANGAN: Nanta. Pelajar tidak ingin melepaskan peluang untuk merakamkan gambar bersama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia