Utusan Borneo (Sarawak)

Rusia guna veto lindungi rejim Syria

Cubaan PBB untuk lancar semula siasatan penggunaan senjata kimia terbantut

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU: Rusia menolak veto kedua dalam beberapa hari pada mesyuarat Majlis Keselamata­n PBB kelmarin bagi menghalang pelancaran semula siasatan bagi mengenal pasti dalang serangan senjata kimia di Syria.

Satu resolusi draf yang dikemukaka­n Jepun akan melanjutka­n Mekanisme Siasatan Bersama ( JIM) diketuai PBB untuk tempoh 30 hari lagi bagi rundingan untuk kompromi meluas.

Namun R usia menggunaka­n kuasa vetonya untuk menghalang penerimaan selepas 12 negara anggota majlis mengundi memihak kepada langkah tersebut, sekali gus menamatkan misi tersebut.

China bersifat berkecuali, sementara Bolivia mengundi tidak.

Ia kali ke-11 di mana Rusia menggunaka­n kuasa vetonya bagi menghalang tindakan majlis yang menyasari sekutunya Syria.

“Rusia membuang masa kami,” Duta Amerika Syarikat (AS) Nikki Haley memberitah­u majlis selepas pengundian.

“Rusia tiada kepentinga­n dalam dasar penemuan dengan sebahagian lagi dalam majlis ini bagi menyelamat­kan JIM.”

“Rusia tidak akan bersetuju terhadap sebarang mekanisme yang mungkin menyorot penggunaan senjata kimia oleh sekutunya, rejim Syria,” jelas beliau.

Satu resolusi memerlukan sembilan undian untuk dilaksanak­an majlis, namun lima negara iaitu Britain, China, Perancis, Rusia dan AS boleh menghalang penerimaan dengan kuasa veto mereka.

Jepun mengemukak­an cadanganny­a selepas Rusia pada Khamis lepas memberikan undi veto bagi menolak resolusi yang dirangka AS yang membenarka­n penyiasat pakar untuk meneruskan kerja mereka setahun lagi.

Duta R usia Vas si l y N e b e n z ia menuduh kepimpinan JIM memalukan diri sendiri dengan siasatan tidak benar mengenai serangan gas sarin di kampung Khan Sheikhun yang ditawan pembangkan­g.

Panel menandatan­gani namanya dalam tuduhan tidak berasas terhadap Syria, dakwa beliau.

Dalam laporan pada bulan lepas, JIM telah memutuskan bahawa pasukan tentera udara Syria telah menggugurk­an gas saraf berbahaya di Khan Sheikhun, menyebabka­n puluhan orang awam terbunuh.

Serangan pada 4 April itu mencetuska­n kemarahan global ketika gambar kanakkanak yang nazak ditunjukka­n di seluruh dunia, mendesak AS untuk melancarka­n serangan misil ke atas sebuah pangkalan udara Syria beberapa hari kemudian.

Laporan awal oleh JIM telah mendapati bahawa pasukan tentera kerajaan Syria bertanggun­gjawab ke atas serangan klorin di tiga kampung pada 2014 dan 2015.

Laporan turut menyatakan kumpulan Islamic State (IS) menggunaka­n gas ‘mustard’ pada 2015.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SALAH GUNA KUASA: Nebenzya mengutarak­an pendapatny­a kepada Majlis Keselamata­n mengenai inkuiri antarabang­sa ke atas serangan senjata kimia di Syria semasa mesyuarat di Ibu Pejabat PBB di New York, kelmarin.
— Gambar Reuters SALAH GUNA KUASA: Nebenzya mengutarak­an pendapatny­a kepada Majlis Keselamata­n mengenai inkuiri antarabang­sa ke atas serangan senjata kimia di Syria semasa mesyuarat di Ibu Pejabat PBB di New York, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia