Utusan Borneo (Sarawak)

MANFAAT POTENSI KEDAYAN

- Oleh Sudan Ajang

BEKENU: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM900,000 untuk membina semula Bangunan Warisan Kedayan di Bekenu dan RM100,000 lagi untuk Tabung Pendidikan Persatuan Kedayan Sarawak (PERKASA).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan untuk bina semula bangunan tersebut akan dikeluarka­n pada Februari tahun hadapan, diikuti kerja-kerja menaik taraf yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata, apabila siap nanti bangunan itu bukan sekadar menjadi galeri pameran untuk menyimpan warisan budaya kaum Kedayan, malah ia akan dilengkapi dengan kemudahan Internet berkelajua­n tinggi.

“Bangunan Warisan Kedayan ini akan menjadi Pusat Data Kedayan untuk mengumpul maklumat mengenai masyarakat itu di seluruh kawasan bandar dan luar bandar seluruh Sarawak, Semenanjun­g Malaysia, Sabah, Brunei dan Labuan.

“Data ini penting agar kita dapat mengenal pasti potensi kaum Kedayan dalam sektor pembanguna­n tertentu dan memudahkan kita membantu mereka.

“Pada masa sama, menghubung­kan seluruh masyarakat itu melalui pangkalan data,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat Sempena Majlis makan Tahun Perdana 2017 Keenam di Kampung Danau, Bekenu semalam.

Abang Johari berkata: “Ini merupakan julung kali saya menghadiri majlis makan tahun sebagai Ketua Menteri, sebelum ini saya pernah hadir namun sebagai menteri. Justeru pemberian peruntukan tersebut adalah tepat pada waktunya.”

Kira-kira 2,000 Kedayan dari Sabah, Labuan, Brunei, Bekenu, Bintulu, Lawas, Limbang dan Miri termasuk penduduk dari 14 kampung Kedayan di Bekenu memeriahka­n majlis makan tahun yang begitu sinonim dengan masyarakat Kedayan.

Hadir sama isteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Ahli Parlimen

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari mencuba menggunaka­n sejenis peralatan mengisar padi atau ‘kisa’an padi’ yang dipamerkan pada Majlis Makan Tahun Perdana 2017 di Kampung Danau, Bekenu semalam. Kelihatan sama, Juma’ani (kiri) dan (dari kanan) Abdul Karim, Rosey,...
SIMBOLIK: Abang Johari mencuba menggunaka­n sejenis peralatan mengisar padi atau ‘kisa’an padi’ yang dipamerkan pada Majlis Makan Tahun Perdana 2017 di Kampung Danau, Bekenu semalam. Kelihatan sama, Juma’ani (kiri) dan (dari kanan) Abdul Karim, Rosey,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia