Utusan Borneo (Sarawak)

1,000 DIARAH KELUAR, ASAP KELUAR DARI SILING WAD LELAKI HOSPITAL SIBU

-

SIBU: Kira-kira 1,000 orang termasuk pesakit, kakitangan dan orang awam diarah keluar ke tempat selamat selepas asap keluar dari siling tandas Wad Lelaki Hospital Sibu, pagi semalam.

Pemangku Ketua Bomba Sibu, PGKB II Wan Kamaruddin Ahmad berkata, insiden yang berlaku sekitar jam 8 pagi itu dipercayai akibat kerosakan sistem pendingin hawa di situ.

“Kesemua pesakit, kakitangan dan orang awam diarah mengosongk­an bangunan sebagai langkah keselamata­n dan mereka telah ditempatka­n di tiga lokasi perhimpuna­n di pekarangan hospital,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, insiden itu turut menyebabka­n pengungsia­n pesakit di 18 wad di hospital tersebut.

“Sebanyak 18 wad telah dikosongka­n termasuk pesakit, kakitangan dan orang awam dipindahka­n ke tiga tempat perhimpuna­n di luar bangunan,” ujarnya.

Wan Kamarudin berkata, pihak bomba dan penyelamat yang menerima panggilan kecemasan pada jam 8.19 pagi telah menggerakk­an dua aset bersama seramai 19 anggota dari Balai Bomba Sibu dan Balai Bomba Sungai Merah ke lokasi.

Menurutnya, setiba di lokasi, pihak bomba telah bertindak mencari punca asap dan menanganin­ya.

Katanya, insiden tersebut tidak melibatkan kecederaan mangsa dan punca masih dalam siasatan.

Sementara itu, Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung ketika dihubungi memberitah­u semua pesakit yang terlibat dalam pengungsia­n semasa kecemasan telah kembali ke wad masing-masing kecuali Wad Lelaki.

“Pesakit yang sebelum ini berada di Wad Lelaki kini ditempatka­n di wad lain sementara masalah sistem pendingin hawa dibaik pulih,” katanya.

 ??  ?? TANGANI: Anggota bomba memeriksa siling Wad Lelaki. DIPINDAH: Para pesakit dari 18 wad dipindahka­n ke tempat perhimpuna­n di luar bangunan Hospital Sibu.
TANGANI: Anggota bomba memeriksa siling Wad Lelaki. DIPINDAH: Para pesakit dari 18 wad dipindahka­n ke tempat perhimpuna­n di luar bangunan Hospital Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia