Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan diluluskan Ahli Lembaga HRDB, Riot harap Pusat Latihan HRDF dapat dirasmi sebelum PRU14 Pusat latihan khas dewasa bakal dibuka di Serian

-

KUCHING: Sebuah pusat latihan khas bagi golongan dewasa sedang bekerja untuk mengulang atau menambah kemahiran terutama Sabah dan Sarawak akan ditubuhkan di Serian.

Menteri Sumber Manusia Dato Sri Richard Riot Jaem berkata, pusat latihan bagi tujuan itu dicadangka­n di bawah Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (HRDB).

Ahli Lembaga HRDB, katanya, atas permintaan beliau telah meluluskan cadangan menubuhkan Pusat Latihan Tabung Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF) untuk Sabah dan Sarawak yang akan ditempatka­n di Serian.

“Ahli Lembaga HRDB, panel pelabur telah meluluskan­nya. Justeru, kita berharap ia akan dirasmi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

“Ini bukan janji kosong, Bukan kerana pilihan raya saya berkata demikian. Cadangan tersebut telah disah dan diluluskan oleh Ahli Lembaga HRDB,” katanya ketika berucap di Program Pendidikan dan Kerjaya Kemahiran di Dewan Masyarakat Serian semalam.

Riot juga Ahli Parlimen Serian berkata, adanya Institut Latihan Industri (ILP) yang dilulus Perdana Menteri dan Pusat Latihan HRDF yang juga telah diluluskan oleh ahli lembaga HRDB, semua latihan kemahiran akan tertumpu ke Serian.

Beliau mengulangi pusat latihan HRDF adalah untuk rakyat di Sabah dan Sarawak.

“Jadi apabila pilihan raya tiba nanti, anda tahulah apa yang perlu dibuat. Kalau anda tidak mahukannya tidak apa, tetapi rasanya anda semua perlu pusat latihan ini.

“Adanya kewujudan ILP dan Pusat Latihan HRDF di Serian, lebih ramai anakanak di Serian bakal menjadi pekerja berkemahir­an dalam pelbagai bidang tahun mendatang,” tegasnya.

ILP yang telah dicadangka­n, Riot berkata kerja pembinaan berkemungk­inan akan dimulakan dalam tempoh empat bulan akan datang.

Buat masa ini terdapat 32 ILP di seluruh Malaysia dan satu masing-masing di Sama- rahan, Miri dan Bintulu.

Pada masa sama, Riot turut menggesa agar ibu bapa menasihati dan memilih institusi yang menawarkan jurusan yang mempunyai kebolehpas­aran di dalam bidang teknikal.

Ini kerana dunia semakin berubah dan perubahan masa depan kita adalah supaya anak-anak di Serian tidak ketinggala­n untuk mendapat pendidikan kemahiran yang menawarkan 92 peratus peluang pekerjaan.

Turut hadir semalam ialah Ketua Pegawai Eksekutif HRDB Dato’ CM Vignaesvar­an Jeyandaran dan Pegawai Pendidikan Daerah Serian Yunus Apok.

Ini bukan janji kosong, Bukan kerana pilihan raya saya berkata demikian. Cadangan tersebut telah disah dan diluluskan oleh Ahli Lembaga HRDB. Dato Sri Richard Riot Jaem Menteri Sumber Manusia

 ??  ?? PENGHARGAA­N: CM Vignaesvar­an (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Riot pada majlis itu.
PENGHARGAA­N: CM Vignaesvar­an (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Riot pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia