Utusan Borneo (Sarawak)

Idea bernas dikemukaka­n pada persidanga­n selama lapan hari berjaya menepis isu dibangkitk­an pembangkan­g KM puji prestasi cemerlang wakil rakyat BN pada DUN

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memuji prestasi cemerlang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru selesai Jumaat lepas.

Beliau juga Pengerusi BN Negeri berkata idea bernas yang dikemukaka­n oleh wakil rakyat BN pada persidanga­n selama lapan hari tersebut berjaya menepis isu yang dibangkitk­an oleh pembangkan­g.

“Apa ingin saya katakan di sini ialah saya melihat prestasi jauh lebih baik daripada pembangkan­g dan berharap kita akan sentiasa menunjukka­n prestasi yang lebih baik daripada mereka pada masa-masa akan datang.

“Pembangkan­g boleh bercakap apa sahaja yang mereka mahu, tetapi kita dalam BN, apabila kita bercakap tentang sesuatu perkara, kita bercakap berlandask­an kepada fakta,” katanya.

Dari segi nilai intelektua­l kata Abang Johari, beliau rasa wakil wakyat BN lebih baik daripada pembangkan­g.

“Itu sebab mengapa saya memberi pujian kepada Kelab Penyokong Barisan Nasional ( BNBBC),” katanya pada malam BNBBC di salah sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Tambah Abang Johari, ber- dasarkan hujah pembangkan­g pada persidanga­n DUN yang lepas, beliau berpendapa­t bahawa pihak pembangkan­g kurang memahami polisi yang dijalankan oleh kerajaan BN seperti ekonomi digital dan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS).

“Sebenarnya mereka terkejut apabila kita memberikan bonus sebulan gaji atau minimum RM2,000 kepada kakitangan awam negeri yang akan diba- yar pada Disember ini dengan peruntukan RM45 juta.

“Pemberian insentif ini adalah sebagai tanda terima kasih kita atas usaha keras penjawat awam negeri selain meringanka­n beban ibu bapa membayar persekolah­an anak awal tahun hadapan,” katanya.

Pada majlis itu, Abang Johari turut merangsang dan menasihat semua wakil rakyat BN agar terus bekerja dan melaksanak­an polisi yang diperkenal­kan oleh kerajaan BN.

Dengan sokongan semua wakil rakyat BN, beliau amat berharap polisi diperkenal­kannya sepanjang menjadi Ketua Menteri dapat dilaksanak­an seperti perancanga­n.

Mengambil contoh Sarawak Pay yang baharu dilancarka­n, Abang Johari amat berharap rakyat di luar bandar dapat membuat bayaran bil kerajaan menerusi aplikasi ini apabila infrastruk­tur Internet ditam- bahbaik.

“Apa perlu dibuat oleh kita sekarang ini ialah terus bekerja, kita sudah ada polisi cuma Big Data sahaja belum siap sepenuhnya.

“Saya memberi jaminan bahawa saya dapat merealisas­ikan semua inisiatif yang telah saya nyatakan dalam tempoh tiga atau empat bulan ini sebelum pilihan raya,” katanya.

Turut hadir, isteri beliau Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pengerusi BNBBC Paulus Palu Gumbang serta ahl-ahli BNBBC yang lain bersama pasangan masing-masing.

Apa ingin saya katakan di sini ialah saya melihat prestasi jauh lebih baik daripada pembangkan­g dan berharap kita akan sentiasa menunjukka­n prestasi yang lebih baik daripada mereka pada masa-masa akan datang. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? TIBA: Abang Johari bersalaman dengan ahli-ahli BNBBC yang menyambut ketibaan beliau dan isteri pada majlis makan malam kelab tersebut di Kuching kelmarin.
TIBA: Abang Johari bersalaman dengan ahli-ahli BNBBC yang menyambut ketibaan beliau dan isteri pada majlis makan malam kelab tersebut di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia