Utusan Borneo (Sarawak)

Kolaborati­f Petronas, PCB penuhi keperluan industri bitumen Sarawak

-

KUCHING: Petronas Dagangan Berhad semalam, menandatan­gani perjanjian kerjasama dengan PUSTAKA Capital Sdn Bhd (PCB) untuk industri perniagaan bitumen bagi negeri Sarawak.

Majlis menandatan­gani antara kedua-dua agensi itu disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan.

Melalui perjanjian itu, katanya, ia akan membuka laluan untuk PCB terlibat secara langsung dalam perniagaan bitumen menerusi perdaganga­n dan pengedaran bitumen di seluruh negeri ini.

“Ini sekali gus menunjuk keyakinan Petronas terhadap syarikat tempatan untuk menjalanka­n perniagaan bitumen di negeri Sarawak.

“Justeru, kerajaan negeri berharap dapat melihat lebih banyak penyertaan dalam perniagaan Petronas di Sarawak,” katanya.

Awang Tengah menambah, apabila siap kemudahan penyimpana­n bitumen di Tanjung Manis, diharap tiada kekurangan bekalan bitumen di Sarawak bagi memenuhi projek pembinaan jalan raya termasuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, jalan pesisir, jalan raya kedua dan jalan luar bandar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatan­gani perjanjian itu di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Mewakili Petrona s Dagangan Berhad untuk menandatan­gani perjanjian itu ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato Ibrahimnud­din Mohd Yunus sementara PCB diwakili oleh Pengerusi Datu Sarudu Hoklai.

Awang Tengah memaklumka­n bahawa terdapat permintaan tinggi untuk bitumen di negeri ini kerana hanya 56.11 peratus daripada sambungan jalan 33,513 kilometer (km) sedia ada di Sarawak telah diturapkan.

“Oleh demikian, kerajaan sedang berusaha membina sambungan jalan raya seluruh negeri terutama pedalaman di bawah program transforma­si luar bandar,” katanya.

Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua itu berkata, disebabkan lokasi strategik, Tanjung Manis menawarkan peluang perniagaan yang besar kepada pelabur dan komuniti perniagaan.

Setakat ini, katanya, kerajaan telah melabur sebanyak RM3.14 bilion untuk penyediaan infrastruk­tur di Tanjung Manis yang bukan sahaja untuk penggunaan komuniti perniagaan bahkan juga, untuk masyarakat setempat.

“Hari ini, Tanjung Manis boleh diakses melalui jalan raya, udara dan laut. Kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan telekomuni­kasi pun turut ada disediakan,” ujarnya.

Awang Tengah berkata, pada masa ini, PCB sedang membina lebih 200 rumah kediaman bagi menampung keperluan penduduk Tanjung Manis yang semakin meningkat.

“Melalui inisiatif ini, saya percaya Tanjung Manis bersedia berkembang menjadi hab ekonomi baharu dengan pembanguna­n perindustr­ian pelbagai seperti Industri Hab Halal, industri pembinaan kapal, Kluster Perindustr­ian Kelapa Sawit (POIC), industri berasaskan kayu, industri perikanan dan industri sokongan lain,” jelasnya.

Hadir sama, Naib Presiden Pemasaran (Urusniaga Hiliran) Petronas, Dato’ Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir.

 ??  ?? METERAI: Awang Tengah menyaksika­n penyerahan dokumen antara Ibrahimnud­din (dua kanan) dan Sarudu (dua kiri) semasa majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama perniagaan Bitumen di Sarawak di Hotel Hilton, Kuching, semalam. Turut kelihatan, Zainal (tiga...
METERAI: Awang Tengah menyaksika­n penyerahan dokumen antara Ibrahimnud­din (dua kanan) dan Sarudu (dua kiri) semasa majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama perniagaan Bitumen di Sarawak di Hotel Hilton, Kuching, semalam. Turut kelihatan, Zainal (tiga...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia