Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas tunjuk komitmen pacu Sarawak capai negeri maju

-

KUCHING: Kejayaan dikecapi Petronas di negeri ini, menunjukka­n komitmen berterusan syarikat itu dalam membantu merealisas­ikan impian Sarawak menjadi negeri maju pada masa hadapan.

Naib Presiden Pemasaran (Urusniaga Hiliran) Petronas, Dato’ Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata, antara kejayaan dilakar Petronas setakat ini telah membuat pelaburan sebanyak RM140 bilion dalam pembanguna­n sektor minyak dan gas di negeri ini.

“Untuk makluman, kita juga secara aktif terlibat dalam membangunk­an keupayaan tempatan selain berjaya mendaftark­an sebanyak 420 syarikat Sarawak sebagai vendor Petronas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Menandatan­gani Perjanjian antara Petronas Dagangan Berhad dan Pusaka Capital Sdn Bhd (PCB) untuk kerjasama Perniagaan Bitumen di Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Majlis itu disaksikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga dihadiri oleh Pengerusi PCB Dato Sarudu Hoklai dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad Dato Ibrahimnud­din Mohd Yunus

Selain itu, beliau menzahirka­n rasa bangga kerana pihaknya mempunyai hampir 5,000 warga Sarawak bekerja untuk Petronas di Sarawak serta di seluruh operasi glo- balnya.

Sehubungan itu, kata Zainal sebagai syarikat minyak dan gas di negara ini, Petronas akan terus komited untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi menyokong pertumbuha­n industri minyak dan gas di rantau ini.

Bercakap mengenai majlis itu, Zainal berkata, hari ini adalah satu lagi contoh komitmen Petronas untuk berkembang dan membangun sama bersama negeri Sarawak terumma dalam industri perniagaan bitumen.

“Justeru, saya mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan negeri kerana terus memberi sokongan sepenuhnya terhadap operasi Petronas di negeri ini,” ujar beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia